Sunday, March 10, 2013

Tadabbur Ali-Imran Bersamanya

Hari demi hari, kita melihat mereka semakin pantas berlari
Sedangkan kita merasa semakin penat tiba2
Sakit lutut tiba2 dan sengal badan melanda

Ada ketikanya, kita menoleh kepada para pesorak ditepi landasan lumba
Kita menoleh tanpa sengaja dan juga sengaja
Ketika itulah telinga kita menangkap bisikan mereka yang mencaci kita
Sekali dengar, masih mampu kita tepis
Dua tiga empat dan lima seterusnya
Kita tertewas!

Thursday, December 20, 2012

Summer! Here I come~~

Alhamdulillahi thumma alhamdulillahi wa-alhamdulillah..

Setelah hampir tepat 6 bulan berhempas pulas, bergelumang dengan dunia perubatan yang seakan-akan tiada hentinya, akhirnya Allah mendatangkan satu fasa kerehatan buatku. Satu fasa rehat daripada segala hiruk pikuk dunia yang semakin hari semakin mencengkam.

Thursday, October 4, 2012

Gugur itu PASTI!

di saat akhawat menyaksikan satu kebangkitan,
aku menyaksikan kegelinciran,
tatkala semua bergembira dengan sedikit kemenangan,
ada yang gugur kian dilupakan..

ironinya, jalan ini mempamerkan kedua2 kejadian selari..
sedang ada yang mula berlari2 anak..
lebih ramai yang jiwanya kian meluntur..

khianatkah si dia atau dia dikhianati?
Barangkali jiwa kita hanya gah pada menghidupkan yang baru,
Tapi lengah dalam menetapkan yang sedang berlari bersama..

Moga kisah2 ini jadi renungan buat semua..
Tiada apa yang menjamin kita untuk tsabat~~

Tuesday, July 17, 2012

Allah, Kau Maha Mendengar

Allah, Allah, Allah..satu-satunya lafaz yang terzahir dari bibir tatkala ombak menghempas ketenangan persisiran pantai hati. Allah, tiada Tuhan melainkan Dia yang Maha Mendengar..Allahu akbar, Allahu kareem, Allahu 'alim..

Ketika aku menilai hidup menurut kaca mataku yang kabur, manusia lain juga menilai hidup menurut kaca mata mereka yang juga kabur. Masing-masing mahu mewar-warkan musibah diri yang lebih besar. Membanding diri yang teruji lebih hebat dari yang lain. Walhal Allah Maha Hakim..Maha Tahu dan Maha Bijaksana menentukan setiap aliran hidup hambaNya. Tapi manusia, semuanya mahu berlagak lebih tahu..

Sunday, February 19, 2012

Benarkah Allah cukup bagiku?

Benarkah cukup Allah bagiku?? Benarkah aku betul-betul merasakan itu? Atau masih ada lagi pergantunganku kepada manusia?

Benarkah Allah cukup bagiku? Kalau benar,masakan aku merasakan perlu berbicara dengan manusia untuk menghilangkan sedih dan nestapa yang benar-benar mencengkam jiwa? Masih perlu untuk meluahkan rasa yang membenamkan diri kepada manusia yang hanya mampu mendengar dan menganggukkan kepala tanda memahami hati yang lara..

Wednesday, February 15, 2012

Kalau begitu, lebih baik berDIAM..

Kadang-kadang, kita manusia ni slalu nak bercerita dengan manusia macam-macam benda. Sampaikan bab-bab kecik-kecik macam makan ape hari tu pun nak cerita! Hebat kan kuasa saiko manusia-manusia ni, sampai boleh buat sapa-sapa je bercerita dengan derang..sape-sape boleh buat tu, moh ler kite tabik spring kat die!! *toing*

Tapi, dalam kita sibuk nak cerita tentang betapa hebatnya orang-orang tu mensaiko manusia untuk bercerita kat derang ape kate kite tengok balik diri kita. Rasenye macam lebih baik je daripada tengok sangat pada kelebihan orang lain tanpa kite ni sedar kelemahan kite kan? Agak-agak la kan, kite ni golongan yang mane eh? Yang berjaya mensaiko orang lain tok cerita kat kite ke golongan yang sebok cari manusia-manusia hebat ni tok bercerita??

Tuesday, February 7, 2012

What's in our mind is US!

Salam wbt,

Simply copy paste this from an email sent by a beloved ukhti in islam. Let's all spread this great story to the world.

Subject:
: The Dirty Laundry.
By Abu Muhammad Yusuf

In life we tend to be judgmental and very often look down upon others without exploring deeper and finding out why the person is behaving in such a way. The Beloved Messenger of Allah (peace be upon him) is reported to have said "It is enough of evil for a person to hold his brother Muslim in contempt. All of a Muslim is sacred to another Muslim: his blood, his wealth and his honour." (Hadith- Muslim)

Saturday, February 4, 2012

Daie Terpesong =(

Copy paste dari satu website..a good refreshment of niat..jom kawan-kawan!! kite buat je, tak perlu tengok orang lain terima ke tak terima!! Happy reading! ^_^

*****

Kebanyakan daie dia bermula dari bawah… Dia bermula dengan dirinya ditarbiyah, bermula dengan mendapat input… Bermula dengan seorang yang sangat humble, yang sanggup tunduk dan dengar segala jenis perkongsian dan peringatan yang diberikan oleh semua orang… Kemudian setelah sekian lama barulah dia mula menyampaikan input dan ilmu yang dia dapat itu kepada orang lain….

Thursday, February 2, 2012

Psychiatry yang mengejutkan!

Alhamdulillah, sudah hampir 2 minggu aku meneruskan kehidupan di Mental Health Unit bertempat di Mater Hospital, Newcastle. Bukan sebagai pesakit, tapi sebagai seorang pelajar yang mahu tahu erti istilah bombastik, 'Psychiatry'.

Bayangkan, dengan pengalaman 4 minggu di Year 2 bergelumang dengan dunia Psychiatry, aku awal-awal lagi telah meletakkan label 'bosan' untuk rotation kali ini. Padahal, belum terbukti lagi kehebatan dan keistimewaan Psychiatry pada kaca mataku yang keanak-anakan ini. Hakikatnya, tidak banyak yang dapat aku lakukan di dalam unit ini. Sangat limited!

Tuesday, January 24, 2012

Kathirah Permulaan Semester Baru

Sekadar mahu berkongsi, lintasan hati dipermulaan semester baru. Alhamdulillah, alhamdulillah wa alhamdulillah..sekali lagi Allah mengurniai aku dengan nikmat yang menggembirakan. Akhirnya, tahun ini secara rasminya aku menjejakkan kaki ke dalam tahun akhir pengajian setelah pelbagai peristiwa berlaku. Hanya kepada Allah selayaknya aku kembalikan segala-galanya.

Perkongsian ringkas untuk hari ini, as stated by one of the doctors in orientation today...setiap manusia yang bernyawa, hidup di dalam dunia ini tidak akan terlepas daripada ujian dunia yang Allah berikan. Setiap yang hidup ini pasti ada yang mengejar dunia walaupun sedikit. Tapi, hanya yang benar-benar mengejar akhirat akan meleraikan ikatan dunia pada hati mereka.