Aku mohon ampun dari Allah yang mencampakkan perasaan-perasaan indah dalam hati, yang mencetuskan keinginan kepada ma'aruf dalam jiwa dan yang menolak hati untuk berusaha keras melawan kehendak diri.
Nota ringkas, sekadar untuk meluah apa yang dirasai dalam hati. Perasaan bercampur-baur, antara marah dan rasional. Atau apakah ini satu tamparan hebat tentang usaha dakwah ilallah aku dan sahabat-sahabat? Seolah-olah dinampakkan, dakwah ini perlu diperhebatkan bukan kerana nama tapi untuk memakmurkan alam dengan kalimah sebenar-benar “Lailahaillallah”!