Showing posts with label Tazkiyyah. Show all posts
Showing posts with label Tazkiyyah. Show all posts

Wednesday, August 17, 2011

Belajar Untuk Redha

Nak kongsikan satu sedutan dari movie "Ayat-ayat Cinta"..
Sangat-sangat menyentuh hati..




Mode: Nak nangis terkenangkan video ni T__T (luluh hati..dihentam oleh ayat2 Allah)


Friday, August 12, 2011

Jom Kongsi-Kongsi Day 12 ^^

Salam semua,

Tengah ngantok tapi mujahadah jap nak jugak kongsikan ayat2 hari ni.. T.T


6:99
Dan Dialah yang menurunkan air dai langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau, Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang kurma, mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang

Thursday, August 11, 2011

Sharing is Caring Day 11

Setelah lebih 10 hari berpuasa, agak2nya ape yg kite dah dapat ek selama nih? Hmm jom la kite fikir-fikirkan same2 sambil kongsi ayat2 dibawah..

6:20
Orang-orang yang telah Kami berikan Kitab kepadanya, mereka mengenalnya (Muhammad) seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Orang-orang yang merugikan dirinya, mereka itu tidak beriman (kepada Allah).

Wednesday, August 10, 2011

Kata-kata buat kita Day 10

Salam wbt,

Again! A short one! >.< InsyaAllah kalau ade kelapangan di masa lain, akn update panjang sket dari ni ek. Jazakillahu khayr buat yang berkongsi! Uhibbuki fillah abadan abada!! Keep that in mind ek walau apa yang terjadi dan bakal terjadi!! ^_^

6:125

Tuesday, August 9, 2011

Ingatkan daku Day 9

Salam!! Skali lagi, xnak membebel panjang. Sharing of the day! Semoga memberi manfaat buat kita yang mahukan pembaharuan disetiap lembaran baru hidup ini~~

6:160
Barang siapa berbuat kebaikan mendapat balasan sepuluh kali lipat amalnya. Dan barang siapa berbuat kejahatan dibalas seimbang dengan kejahatannya. Mereka sedikitpun tidak dirugikan (dizalimi).

Monday, August 8, 2011

Sharing Ramadhan Day 8 ^_^

6:60
Dan Dialah yang menidurkan kamu pada malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari. Kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umurmu yang telah ditetapkan. Kemudian kepada-Nya tempat kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.

4:79
Kebajikan apa pun yang kamu peroleh, adalah dari sisi Allah, dan keburukanapa pun yang menimpamu, itu dari (kesalahan) dirimu sendiri. Kami mengutusmu (Muhammad) menjadi Rasul kepada (seluruh) manusia. Dan cukuplah Allah yang menjadi saksi.

Sunday, August 7, 2011

Ramadhan Week 1 ^_^

Perkongsian bersama seorang ukhti yang tersayang..dari hari pertama bermulanya puasa hingga ke hari ketujuh. Semoga perkongsian ini akan lebih merapatkan kita menuju jalan Allah yang diredhai ^_^. Try to make it short and simple sebab dah lame xupdate blog!!! Kesuntukan masa untuk update blog!!

***

Tuesday, May 10, 2011

Syaitan shoohh!!

Hmm... nape nih?? Kenapa leh kecik ati nih??

Fuh~ benda kecik pon nak kecik ati.. manusia ni memang macam ni kan?


Pekate kite rileks kejap.. tarik nafas dalam2.. haa, duduk elok2..skang kite amik Quran..

Katakanlah (wahai Muhammad) aku pohon perlindungan pada Tuhan
yang memelihara manusia.

Yang menguasai (dan memerintah) manusia.

Thursday, November 18, 2010

Aku Penyembah Dunia?? (Az-Zumar & Aku)

Terlalu lama memerapkan diri dibawah longgokan buku-buku Medicine menjadikan aku hampir terlupa. Bukan tidak ada yang mengingatkan, tapi telinga ini seperti diselubung satu lapisan tebal menjadikan aku tuli seketika. ‘Seketika’ yang hakikatnya mampu menjadikan aku terus tuli dan terlupa!

Ya Allah, ampuni aku Ya Rabb. Hanya kepadaMu aku memohon terus diberikan petunjuk kepadaMu.

Monday, November 8, 2010

Jangan Tanyakan Aku ~

Nak jugak share lirik lagu ni dengan semua! Tapi terjemahan je la.. Jazakillahu khair bagi yang mengintroduce lagu ni ^_^V (Bold tu cam menarik hati... hmm, sebenarnya semua menarik hati.. gulp, tersentap jantung! Apalaaa ertinya hidup aku selama ni??!!! Slap3x! bangun2!)

Kembali KepadaNya (edited version)

Wahai diri, berapa lama sudah engkau tidak menangis di hadapan Dia? Berapa lama sudah engkau tidak bersapa denganNya? Berapa lama sudah engkau tinggalkan 'kerja'mu yang satu itu? Atau sudah lupakah engkau pada janjimu dulu? Janji yang engkau meterai dalam kontrak penghidupanmu di dunia langsung diluluskan? Lupakah engkau wahai diri?

Friday, November 5, 2010

Kembali kepadaNya

Wahai diri, berapa lama sudah engkau tidak menangis di hadapan Dia? Berapa lama sudah engkau tidak bersapa denganNya? Berapa lama sudah engkau tinggalkan 'kerja'mu yang satu itu?

Bukankah Dia sudah banyak memberi padamu? Bukahkah Dia telah menenangkanmu ketika dadamu terasa dihimpit bumi? Bukankah telah Dia suluhkan jalan gelap yang seringkali engkau lalui dulu?

Aku Dah Lama Bercinta

“Dia telah menciptakan langit dan bumi dengan lunas kebenaran. Dia telah menentukan bentuk rupa kamu dan memperelokkan rupa paras kamu dan kepadaNya tempat kembali.” (3)

Dia Mengetahui segala sesuatu yang ada di langit dan di bumi. Dan Dia mengetahui segala sesuatu yang kamu sembunyi dan segala sesuatu yang kamu nyatakan, dan Allah Maha Mengetahui segala isi dada.” (4)

Thursday, November 4, 2010

MotivasiKu Mahu Terus Kuat

Hari ni tiba-tiba rasa semangat lebih tinggi dari biasa. Entahlah kenapa tiba-tiba. Ibarat kata orang-orang lama, jiwa seperti dibakar-bakar! Ditakdirkan Allah juga, hari ini terkenang adik-adik tersayang. Rasa dah lame tak berjumpa, duduk dalam satu bulatan berbicara tentang umat berkongsi ilmu dan kefahaman. Dah lama rasanya kita tak duduk bersama mentadabbur ayat-ayat indah Allah SWT. Terasa ‘kering’ semacam bila tak berkongsi.

Monday, October 25, 2010

Rentetan al-Kisah Islamic Fashion Festival

Astaghfirullahal'azim.. astaghfirullahal'azim.. wa astaghfirullahal'azim

Aku mohon ampun dari Allah yang mencampakkan perasaan-perasaan indah dalam hati, yang mencetuskan keinginan kepada ma'aruf dalam jiwa dan yang menolak hati untuk berusaha keras melawan kehendak diri.

Nota ringkas, sekadar untuk meluah apa yang dirasai dalam hati. Perasaan bercampur-baur, antara marah dan rasional. Atau apakah ini satu tamparan hebat tentang usaha dakwah ilallah aku dan sahabat-sahabat? Seolah-olah dinampakkan, dakwah ini perlu diperhebatkan bukan kerana nama tapi untuk memakmurkan alam dengan kalimah sebenar-benar “Lailahaillallah”!

Monday, October 18, 2010

Hijrah Mereka (Part 1)

Baru-baru ni, terbaca kisah-kisah menarik tentang 2 orang personaliti dunia hiburan yang terkenal di kalangan kita. Iaitu Maher Zain dan juga Wardina Safiyyah. Secara randomnya, Allah takdirkan saya untuk membaca kisah-kisah hidup mereka dan membuat perbandingan antara mereka yang dahulu dan sekarang. Malah dalam recent halaqoh-halaqoh pun ada membincangkan tentang mereka. Pelik juga ya, bincang tentang artis dalam usrah?

Monday, September 27, 2010

Jual-beli yang ter'best'!

Percaya atau tidak? Jual beli inilah yang terbaik! Jual beli yang terindah! Jual beli yang tak boleh didapati di tempat lain! Jual beli yang satu-satunya menguntungkan! Percaya atau tidak, terpulang pada anda! Sila rujuk 9:111!


Friday, September 17, 2010

Lidah & Humazah

Jika ditanya, apakah benda yang paling tajam di dunia? Pasti ramai yang sudah tahu jawapannya; LIDAH!

Lidah itu setajam mata pedang yang mampu menghunus hati si pendengar. Astaghfirullahal'azim, betapa Allah Maha Pengampun kepada hamba-hambaNya yang bertaubat. Acapkali kita diingatkan dengan firman-firman Allah SWT, menegur kita untuk memelihara hubungan sesama makhluk Allah SWT. Tambah-tambah lagi dalam dakwah dan tarbiyah!

Baru-baru ini, bersama adik-adik kesayangan yang menggelarkan diri mereka Najmul Insyeerah bertadabbur dengan satu surah yang kita sedia maklumi, mengecam tindakan jahat para pengumpat dan pencela. Subhanallah, begitu hebat tulisan As-Syahid Syed Qutb! Berikhtiar memahamkan umat yang lesu dan menyedarkan kita yang melayu terhadap ayat-ayat Allah. Terasa begitu tegas dan seksanya jiwa membaca kutukan dan kecaman Allah terhadap pengumpat dan pencela.

Friday, August 20, 2010

Tamayyuz dalam pergaulan - Cinta Colorectal SurgeryKu!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Dari Jabir r.a., dia berkata: Rasulullah S.A.W. berkata: “Ketahuilah, janganlah sekali-kali seorang laki-laki bersama seorang wanita yang kahwin (janda) kecuali dia hendak menikahinya atau dia itu mahramnya.” (Hadith Sahih Muslim)


Wasiat ni, dipetik daripada “50 Wasiat Rasulullah Untuk Wanita” karangan Majdi Fathi As-Sayyid Ibrahim. Aku adalah manusia, seringkali lupa dan perlu selalu diperingatkan. Bukan sekali dua diperdengari dengan tazkirah-tazkirah menjaga diri dan hati seumpama ini. Banyak kali dah, rasenye! Sebagai seorang wanita Muslimah, perlu dan WAJIB memelihara diri dan maruah keluarga. Nah, reminder from Allah! Tiba-tiba terbaca bab ni pulak semalam.

Wednesday, August 11, 2010

Oh Ramadhan, Madrasah Tarbiyyah!

Astaghfirullahal'azim, semoga Allah mengampuni setiap khilaf hamba lemah ini.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah kerana masih lagi mengurniakan nikmat hidup dan islam buat hamba dha'if ini.