
"Saya adalah pengembara yang mencari kebenaran... Sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah Tuhan sekalian alam, tiada yang mempersekutui-Nya" [As-Syahid Imam Hassan al-Banna]
Monday, September 27, 2010
Jual-beli yang ter'best'!

Friday, September 17, 2010
Perjalanan Pembebasan
PERJALANAN PEMBEBASAN
Bening malam berselimut gundah
Tiada riuh teriak si kecil
Sepasang mata terkatup sudah
Cuak bersangkar di benak
Terpancar tenang walhal tiada
Gelas harap tak putus dijulur
Harap suria besok masih ada
Selang berdekad didodoi tangis
Pelupuk berkolam air kecewa
Tak jenuh dek bersarang di mata.
Pesona Cinta 12/07/06
Pesona Cinta (12/07/06)
PESONA CINTA
Aku hanya ingin berbicara. Meluah rindu pada suatu ikatan. Aku hanya insan biasa, seringkali tersasar dan mendetikkan suatu kesalahan. Bertitik pada kalimah Allah, aku wajar bercinta. Wajar juga aku merindu. Tapi, di sebalik wajah ini tersembunyi hawa manusia yang fitrahnya, degil! Tetap mahukan cinta hamba! Tetap berkehandakkan rindu manusia!
Ku Ingin Kau Tahu
KUINGIN KAU TAHU (28/07/08)
Tahukah engkau?
Kita bersama di madrasah hidup
Belajar dan beramal bersama
Kita dinilai oleh Pengetua yang Agung
Sebelum layak bergelar pelajar cemerlang
Sebelum dinobat sebagai lepasan siswa
Tahukah engkau?
Ketika itu langkahku belum bermula
Ketika itu aku masih lagi bayi dalam dunia tarbiyyah. masih belum mengerti tentang 'sirr' dan sebagainya. Barangkali semangat pad masa itu melebihi kefahaman yang terbina. Hayatilah tulisan anak mentah sepertiku suatu ketika dahulu, tatkala aku masih cuba berjinak-jinak dengan dakwah dan tarbiyyah.
Modul Pembangunan Insan
Sekitar awal tahun 2007, aku dan teman-teman seusrah mula mendalami Modul Pembangunan Insan bersama ukhti kami iaitu Kak Wardiah. Semua sedia maklum, Kak Wardiah adalah antara yang terbaik dalam melontarkan hujah dan pendapatnya. Aku mengagumi peribadinya yang sedia menghulur bantuan walau hanya sekecil zarah.
Lidah & Humazah
Lidah itu setajam mata pedang yang mampu menghunus hati si pendengar. Astaghfirullahal'azim, betapa Allah Maha Pengampun kepada hamba-hambaNya yang bertaubat. Acapkali kita diingatkan dengan firman-firman Allah SWT, menegur kita untuk memelihara hubungan sesama makhluk Allah SWT. Tambah-tambah lagi dalam dakwah dan tarbiyah!
Baru-baru ini, bersama adik-adik kesayangan yang menggelarkan diri mereka Najmul Insyeerah bertadabbur dengan satu surah yang kita sedia maklumi, mengecam tindakan jahat para pengumpat dan pencela. Subhanallah, begitu hebat tulisan As-Syahid Syed Qutb! Berikhtiar memahamkan umat yang lesu dan menyedarkan kita yang melayu terhadap ayat-ayat Allah. Terasa begitu tegas dan seksanya jiwa membaca kutukan dan kecaman Allah terhadap pengumpat dan pencela.
Sunday, August 22, 2010
Ansori-Ku telah syahid
ANSORI-Ku telah syahid dalam misi ke UWS berbulan-bulan yang lepas, lantaran menjadikan aku sedikit kudung. Tapi, kenapa terasa semakin berat melangkah?
"Berangkatlah baik dalam keadaan berat mahupun ringan, dan berjihadlah di jalan Allah dengan hartamu dan jiwamu. Itu baik bagimu jika kamu mengetahui." (9:41)
Friday, August 20, 2010
Tamayyuz dalam pergaulan - Cinta Colorectal SurgeryKu!
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Dari Jabir r.a., dia berkata: Rasulullah S.A.W. berkata: “Ketahuilah, janganlah sekali-kali seorang laki-laki bersama seorang wanita yang kahwin (janda) kecuali dia hendak menikahinya atau dia itu mahramnya.” (Hadith Sahih Muslim)
Wasiat ni, dipetik daripada “50 Wasiat Rasulullah Untuk Wanita” karangan Majdi Fathi As-Sayyid Ibrahim. Aku adalah manusia, seringkali lupa dan perlu selalu diperingatkan. Bukan sekali dua diperdengari dengan tazkirah-tazkirah menjaga diri dan hati seumpama ini. Banyak kali dah, rasenye! Sebagai seorang wanita Muslimah, perlu dan WAJIB memelihara diri dan maruah keluarga. Nah, reminder from Allah! Tiba-tiba terbaca bab ni pulak semalam.
Sunday, August 15, 2010
Kerikil Metropolitan
Seharian aku duduk bersahaja. Memerah otak yang sarat dengan kerikil kecil. Sedikit demi sedikit kerikil-kerikil itu berguguran. Aku menyangka ia sedikit rupanya penuh membaldi. Satu persatu kuamati dan kuselidiki; Adayang biasa aku temui di jalanan ini dan ada pula yang terlalu ganjil bukan berasal dari bumi ini. Datangnya dari satu daerah metropolitan. Daerah yang dihuni kerikil-kerikil hitam sepekat-pekatnya.
"Wahai kerikil metropolitan. Kenapakah engkau hidup bebas bersama kerikil-kerikil jalanan ini? Adakah engkau dipulaukan dari halamanmu, hai kerikil metropolitan?"
Wednesday, August 11, 2010
Oh Ramadhan, Madrasah Tarbiyyah!
Astaghfirullahal'azim, semoga Allah mengampuni setiap khilaf hamba lemah ini.
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah kerana masih lagi mengurniakan nikmat hidup dan islam buat hamba dha'if ini.