Monday, October 25, 2010

Rentetan al-Kisah Islamic Fashion Festival

Astaghfirullahal'azim.. astaghfirullahal'azim.. wa astaghfirullahal'azim

Aku mohon ampun dari Allah yang mencampakkan perasaan-perasaan indah dalam hati, yang mencetuskan keinginan kepada ma'aruf dalam jiwa dan yang menolak hati untuk berusaha keras melawan kehendak diri.

Nota ringkas, sekadar untuk meluah apa yang dirasai dalam hati. Perasaan bercampur-baur, antara marah dan rasional. Atau apakah ini satu tamparan hebat tentang usaha dakwah ilallah aku dan sahabat-sahabat? Seolah-olah dinampakkan, dakwah ini perlu diperhebatkan bukan kerana nama tapi untuk memakmurkan alam dengan kalimah sebenar-benar “Lailahaillallah”!

La Tas'aluni

Assalamu'alaikum wbt,

Sedap lirik lagu ni.. nak share! Lagu yang menyentuh jiwa, siapalah kita dalam kehidupan dunia ini.. bukan siapa-siapa, hanyalah hamba Allah yang diciptakan dengan penuh kehinaan tapi telah dimuliakan dengan hadirnya islam dalam hidup ini... Istighfar...



Monday, October 18, 2010

Hijrah Mereka (Part 1)

Baru-baru ni, terbaca kisah-kisah menarik tentang 2 orang personaliti dunia hiburan yang terkenal di kalangan kita. Iaitu Maher Zain dan juga Wardina Safiyyah. Secara randomnya, Allah takdirkan saya untuk membaca kisah-kisah hidup mereka dan membuat perbandingan antara mereka yang dahulu dan sekarang. Malah dalam recent halaqoh-halaqoh pun ada membincangkan tentang mereka. Pelik juga ya, bincang tentang artis dalam usrah?