Monday, October 18, 2010

Hijrah Mereka (Part 1)

Baru-baru ni, terbaca kisah-kisah menarik tentang 2 orang personaliti dunia hiburan yang terkenal di kalangan kita. Iaitu Maher Zain dan juga Wardina Safiyyah. Secara randomnya, Allah takdirkan saya untuk membaca kisah-kisah hidup mereka dan membuat perbandingan antara mereka yang dahulu dan sekarang. Malah dalam recent halaqoh-halaqoh pun ada membincangkan tentang mereka. Pelik juga ya, bincang tentang artis dalam usrah?

Sebagaimana yang kita imani, setiap perkara yang kecil pasti akan menjadi besar jika kita mengambil ibrah daripadanya untuk mengejar redho Allah.

Melihat pada kehidupan Maher Zain sebelum bersama Islam, saya amat kagum sekali dengan perubahan yang beliau lakukan. Bukan sedikit, tapi sungguh besar! Daripada seorang yang kurang beramal dengan islam dan kurang memahami islam, beliau berubah arah secara 180 degree. Bukan setakat memperdalami islam tetapi turut sama melakukan dakwahnya dalam industry muzik. Bakat yang ada tidak dipersia-siakan untuk kategori muzik yang berunsur ‘jahiliyyah’. Subhanallah, saya terasa amat kagum dengan kuasa Allah yang benar-benar memegang hati hamba-hamba-Nya.

Siapa kata, jika kita terlalu lama dan terlalu rapat dengan ‘jahiliyyah’ akan menjadikan proses pertukaran itu sangat-sangat mustahil dan memakan masa yang sangat lama? Mungkin dulu, saya antara orang yang mengatakan demikian. Tapi, setelah menyelidiki sedikit latar belakang Wardina Safiyyah saya terpaksa mengakui bahawa perubahan itu tidak mustahil! Malah, boleh terjadi dalam sekelip mata sahaja. Daripada seorang pengacara MTV yang berpakaian terdedah, Wardina Safiyyah telah berubah menjadi seorang yang sangat-sangat memelihara auratnya! Saya jadi lebih kagum apabila menonton rancangan-rancangan yang diacarai oleh Wardina. Sungguh bermesej! Bukan mesej-mesej biasa, tapi mengajak kita untuk mendekati Allah! Perasan tak kawan-kawan? ‘Jahiliyyah’ yang pernah Wardina lalui bukanlah seperti ‘jahiliyyah’ yang pernah saya alami iaitu sekadar mendengar lagu-lagu Linkin Park, menonton cerita-cerita Korea, berbicara tentang isu-isu dunia yang tak signifikan pada perubahan diri dan saya sudahpun sedia ada memakai tudung tapi kurang menepati kehendak Allah.

“Dan kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya….”
(Surah Nur: 31)

Tetapi, apa yang saya ingin kongsikan bukanlah untuk merasa kagum dan ‘tabik spring’ pada kedua-dua personaliti terkenal ini. Ada lagi ibroh yang dapat kita pelajari daripada hijrah mereka.

Ya, saya kagum dan terpukul dengan penghijrahan mereka. Tetapi, saya sedar mungkin saya masih tidak cukup bersungguh-sungguh dalam penghijrahan saya. Melihat pada kisah kedua-duanya, ada beberapa factor yang saya rasakan perlu untuk kita berjaya dalam hijrah kita menjadi insan yang lebih baik.


1) KESEDIAAN

Untuk melakukan perubahan atau hijrah ke arah pembaikan diri dan jiwa, satu factor yang sangat-sangat kita perlukan adalah kesediaan diri kita sendiri. Tanpa kesediaan ini, ertinya kita menutup diri sendiri daripada jalan pembersihan yang telah Allah janjikan.

Pernah seorang teman berkata kepada saya, “Kalau mahu menolong diri sendiri, perlulah kita bukakan diri dan hati kita kepada pertolongan luar juga. Kalau kita tutup diri kita, sampai bila pun pertolongan takkan datang.”

Astaghfirullah, hampir-hampir saya terlupa bahawa hidup ini hanyalah tentang ‘aku’ dan hanya ‘aku’ yang mampu. Jadi, kalau kita bersedia dan membuka diri untuk perubahan ‘massive’, maka insyaAllah akan datang pertolongan Allah membantu kita dalam hijrah kita. Jadi, kalau rasa susah-susah tapi tak buat apa-apa pun lagi tu, haa ayuhlah kita cek balik kesediaan diri kita. Ayuk!

“maka Dia mengilhamkan kepadanya jalan kejahatan dan ketaqwaan,
Sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu),
Dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.”
(As-Syams: 8-10)


2) MUJAHADAH

Mujahadah maksudnya bersungguh-sungguh. Kalau dalam English, ertinya struggle. Memang benar, Allah berfirman: “Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhoan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik.” (Al-ankabut: 69).

Sungguh, untuk mendapat petunjuk dan terus berada dalam jalan yang benar ini perlu kepada susah-payah. Tak perlu melihat contoh jauh, cukuplah dengan mengkaji kejadian manusia itu sendiri penuh susah-payah. Melahirkan seorang anak itu juga bukan mudah, malah memerlukan ‘effort’ yang sangat tinggi. Kena ‘push’ dengan betul untuk lahirkan bayi tu.

Ada yang mengatakan melahirkan baby senang macam proses penyahtinjaan semata-mata tapi kita kena ingat, untuk proses itupun perlu pada effort yang sungguh-sungguh. Kena pergi toilet, nak ke situ kenalah jalan. Malah lepas tu pun akan kena juga melalui proses susah-payah. Tak ada satu perkara pun di dunia ini, Allah ciptakan mudah. Untuk organise konsert Adam Lambert pun susah. Nak fikirkan lokasi lagi, harga tiket, masa dan sebagainya-lah! Jika untuk perkara kemungkaran dan ‘jahiliyyah’ pun perlu bersusah-payah, apatah lagi untuk jalan yang benar. Untuk mendapat redho Allah!

Ingatlah diri, tak ada jalan mudah untuk mencapai syurga Allah dan tak pernah cukup ikhtiar kita untuk ke sana.


3) ZATIYYAH (JATI DIRI)

Zatiyyah! Mungkin ada yang tak pernah dengar pun perkataan ini. Jadi, hari ini saya mahu sekali lagi mengingatkan diri bahawa perkataan ini wujud dalam dunia ini malah pernah wujud dalam kamus hidup saya!

Zatiyyah iaitu daya tolakan dalam diri sendiri atau jati diri adalah satu aspek diri yang perlu kita bina dan miliki. Dengan terbinanya zatiyyah dalam diri kita, ia akan menjadikan kita lebih baik daripada hari semalam. Hanya dengan benar-benar melarutkan diri dalam dunia tarbiyyah, zatiyyah itu akan terbentuk.

Jadi, untuk berjaya merubah diri dan berjaya dalam hijrah yang kita idamkan perlu kepada zatiyyah. Teringat kisah burung Hud yang tidak menghadirkan diri dalam rol-kol Nabi Sulaiman dan hampir dihukum kerana tidak hadir. Tetapi, betapa hebatnya keimanan burung Hud sehinggakan burung Hud pergi menjelajah negeri-negeri yang belum menemui islam atas inisiatif sendiri. Tanpa perlu disuruh dan tanpa perlu diarahkan. Maka, dengan zatiyyah burung Hud petunjuk al-haq akhirnya sampai ke negeri Permaisuri Balqis yang menyembah matahari.

Subhanallah, semoga zatiyyah ini masih lagi hidup dam wujud dalam kamus hidup saya.

(*Rujuk 27: 20-26)

Kejayaan itu pasti akan datang dengan terlaksananya ketiga-tiga factor tersebut. Mungkin ada lagi yang boleh kawan-kawan tambah sendiri. Melihat pada kisah Maher Zain dan Wardina Safiyyah, saya percaya bahawa:

OUTCOME = Kesediaan + Mujahadah + Zatiyyah


(++ Bersedia) + (++ Mujahadah) + (++ Zatiyyah) = BERJAYA BERHIJRAH!


Apa lagi kawan-kawan, tak ada benda yang mustahil dalam dunia ini atas kehendak Allah. Dan ikhtiar kita-lah menentukan petunjuk itu sampai kepada kita ataupun tidak.

Akan tetapi, perubahan dan hijrah yang kita lalui ini tidak berhenti di situ. Ia sangat-sangat perlukan maintanence. Bergelumang dengan dunia perubatan, menjadikan saya lebih dekat dengan contoh-contoh medicine. Seandainya seorang pesakit mengalami masalah, perlu untuk kita perbetulkan masalah utama dan life-threatening di Emergency Department (ED). Selepas itu, treatment tak berhenti di situ tetapi pesakit akan memerlukan maintanence therapy supaya masalah tadi takkan terjadi lagi. Dan dalam tarbiyyah dan dakwah, maintanence therapy juga sangat perlu. Maintanence dalam hijrah dan perubahan kita terletak pada ISTIQOMAH!


- To be continued –


p/s: InsyaAllah sambung lain kali. Nak kongsi lirik lagu dengan semua, dari kumpulan Indonesia D’Masiv.


Lirik Lagu D'Masiv - Jangan Menyerah

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi

Reff 1:
Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Back to Reff 1

Reff 2:
Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasanya
Bagi hambanya yang sabar
Dan tak kenal Putus asa

Back to Reff 1
Back to Reff 2

“Tegakkanlah islam dalam dirimu, nescaya ia akan tertegak di tanahairmu.” (ISHAB)

No comments:

Post a Comment