Saturday, October 15, 2011

Rindu mereka~~

Kadang2, dalam kita bersahabat..lebih banyak kita mengharapkan apa yang kita dapat hanyalah yg terbaik daripada sahabat kita. Bila kita tak dapat apa yang kita inginkan, cepat je kita melenting tak puas hati. Aku juga manusia seperti itu. Sentiasa mengharapkan yang lebih daripada seorang sahabat yang dicintai. Mungkin ada yang malah berkata kepadaku, “Awak tidak berlaku adil kepada semua!” Mungkin benar, dan mungkin tidak. Wallahu’alam.

Friday, August 26, 2011

Tadabbur Day 18 to Day 22 ^_^

Maaf sekali lagi!! Lambat lagi nak update!! huhu T.T

DAY 18
7:204-205
  • Dan apabila dibacakan Al-Quran, maka dengarkanlah dan diamlah, agar kamu mendapat rahmat.
  • Dan ingatlah Tuhanmu dalam hatimu dengan rendah hati dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, pada waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lengah.

Wednesday, August 17, 2011

Belajar Untuk Redha

Nak kongsikan satu sedutan dari movie "Ayat-ayat Cinta"..
Sangat-sangat menyentuh hati..




Mode: Nak nangis terkenangkan video ni T__T (luluh hati..dihentam oleh ayat2 Allah)


Bila otak sudah penat~~

Bila otak sudah penat, bermacam-macam yang negatif akan datang..
Bila lagi otak yang dulu nak pulang ke sini??
Bila lagi otak yang sentiasa positif mahu kembali??


Sementara jasad masih bernyawa..
Ayuhlah kita cari semula jiwa dan cinta yang telah tiada~~

Tuesday, August 16, 2011

Jom Tadabbur Day 16 & 17 ^^

Assalamu'alaikum wbt!

Di sini, dikongsikan cetera di hari ke 16 dan ke 17 Ramadhan! Aseef jiddan, lambat pulak post padahal da lame dah taip~~ really sorry for the delay!!

Monday, August 15, 2011

Sharing Day 13 to 15!! ~.~

Waaarrggghhhh!! Xsempat nak update pon sharing for the past few days!! Aseefah jiddan!! Pape pon, selamat terus menghidupkan Ramadhan!! ^_^

DAY 13
6:128
Dan (ingatlah) pada hari ketika Dia mengumpulkan mereka semua (dan Allah berfirman), "Wahai golongan jin! Kamu telah banyak (menyesatkan) manusia." Dan kawan-kawan mereka dari golongan manusia berkata, "Ya Tuhan, kami telah saling mendapatkan kesenangan dan sekarang waktu yang telah Engkau tentukan buat kami telah datang." Allah berfirman, "Nerakalah tempat kamu selama-lamanya, kecuali jika Allah menghendaki lain." Sungguh, Tuhanmu Maha bijaksana, Maha Mengetahui.

Friday, August 12, 2011

Jom Kongsi-Kongsi Day 12 ^^

Salam semua,

Tengah ngantok tapi mujahadah jap nak jugak kongsikan ayat2 hari ni.. T.T


6:99
Dan Dialah yang menurunkan air dai langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau, Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang kurma, mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang

Thursday, August 11, 2011

Sharing is Caring Day 11

Setelah lebih 10 hari berpuasa, agak2nya ape yg kite dah dapat ek selama nih? Hmm jom la kite fikir-fikirkan same2 sambil kongsi ayat2 dibawah..

6:20
Orang-orang yang telah Kami berikan Kitab kepadanya, mereka mengenalnya (Muhammad) seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Orang-orang yang merugikan dirinya, mereka itu tidak beriman (kepada Allah).

Wednesday, August 10, 2011

Kata-kata buat kita Day 10

Salam wbt,

Again! A short one! >.< InsyaAllah kalau ade kelapangan di masa lain, akn update panjang sket dari ni ek. Jazakillahu khayr buat yang berkongsi! Uhibbuki fillah abadan abada!! Keep that in mind ek walau apa yang terjadi dan bakal terjadi!! ^_^

6:125

Tuesday, August 9, 2011

Ingatkan daku Day 9

Salam!! Skali lagi, xnak membebel panjang. Sharing of the day! Semoga memberi manfaat buat kita yang mahukan pembaharuan disetiap lembaran baru hidup ini~~

6:160
Barang siapa berbuat kebaikan mendapat balasan sepuluh kali lipat amalnya. Dan barang siapa berbuat kejahatan dibalas seimbang dengan kejahatannya. Mereka sedikitpun tidak dirugikan (dizalimi).

Monday, August 8, 2011

Sharing Ramadhan Day 8 ^_^

6:60
Dan Dialah yang menidurkan kamu pada malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari. Kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umurmu yang telah ditetapkan. Kemudian kepada-Nya tempat kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.

4:79
Kebajikan apa pun yang kamu peroleh, adalah dari sisi Allah, dan keburukanapa pun yang menimpamu, itu dari (kesalahan) dirimu sendiri. Kami mengutusmu (Muhammad) menjadi Rasul kepada (seluruh) manusia. Dan cukuplah Allah yang menjadi saksi.

Sunday, August 7, 2011

Ramadhan Week 1 ^_^

Perkongsian bersama seorang ukhti yang tersayang..dari hari pertama bermulanya puasa hingga ke hari ketujuh. Semoga perkongsian ini akan lebih merapatkan kita menuju jalan Allah yang diredhai ^_^. Try to make it short and simple sebab dah lame xupdate blog!!! Kesuntukan masa untuk update blog!!

***

Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan bermula lagi

Ahlan wa sahlan Ramadhan!

Lambat sikit tulis entri to welcome the blessed month, the Ramadhan!!
Okeh, make it short..kalo tak nanti panjang lak membebel kat sini..! ^^

Bersempena Ramadhan yang mulia ini, saya ingin mengucapkan selamat menghidupkan bulan tarbiyyah walau di mana jua anda berada..baik di bumi Kangaroo, mahupun di bumi Kiwi, mahupun di bumi Malaysia yang bertuah itu!

Sunday, July 31, 2011

Satu rasa :)

Rasanye dah lame sangat meninggalkan Ansori-ku, xberisi xbertulis. Maap yer Ansori-ku, bukan sengaja tapi belum diberi kekuatan selama itu untuk menghiasimu..sile senyum yer Ansori-ku (sy tak gila! Ansori-ku adalah sy juge!! *senyum*)

Beberapa minggu yang lalu, terbaca satu emel dari seorang akh yang ditujukan kepada sekumpulan manusia yang mengakui dirinya pejuang. (semoga Allah meredhai segala perjuangan itu. Amin..) Satu emel yang penuh rasa, penuh makna. Membuatkan aku dan beberapa manusia lain tersedu dan mengalir air mata. Alangkah benar dan tajamnya kata-kata puisi ini, yang ditulis dengan penuh rasa kasih dan cinta. Aku merasai kasih sayang itu, lantas aku juga mahu kalian merasainya..

Friday, June 10, 2011

Tarbiyyah buat aku & ukhtiku

Datangnya dari seorang sahabat, seorang teman. Jazakillahu khayr buat ukhtifillah. Kadang-kadang kita terleka dan terlali seketika lantaran hebatnya pukulan arus dunia yang melanda. Kita berkenalan sebelum mengenal tarbiyyah. Kita tambah kenal selepas mengenal tarbiyyah. Aku melihatmu membesar dan dewasa. Engkau juga melihat aku meninggalkan sifat keanakkan kita sedikit demi sedikit.

Itulah tingginya nilai tarbiyyah buat diri kita ukhtiku. Menjadikan kita lebih jiddiyyah dengan kehidupan yang bersisa. Ke mana lagi harus kita alirkan sisa hidup ini jika tidak untuk Allah? Ke mana lagi perlu kita tumpukan jiwa dan ruh ini jika bukan kepada Allah? Tarbiyyah...menjadikan aku dan engkau jiddiyyah!

Thanks for the reminder.

Thursday, June 9, 2011

Cukup berimankah kita?

Manusia ni, selalu perasan! Selalu rase die je yang baik, orang lain tak baik. Tapi ade jugak yang akan rase orang lain je baik, die je la yang tak baik. Pelik kan manusia nih, selalu menilai sesuatu berdasarkan apa yang mereka sendiri tafsirkan dan bukannya melihat pada apa yang Allah telah hadiahkan kepada mereka.


Sekadar perkongsian pendek, cukup berimankah kita bilamana hati ini telah patuh pada perintah Allah tapi masih lagi merasa berat dan sentiasa mempersoalkan baik buruk untuk dirinya sendiri? Atau cukup berimankah kita bila mana diri ini telah patuh dan tidak lagi merasa beratnya amanah dan taklifan Allah untuk kita ketikamana nyawa masih lagi dikandung jasad? Atau cukup berimankah kita apabila hati telah redha dan sanggup menerima segala-galanya yang telah ditakdirkan Allah sepenuh hati tanpa keluh kesah mahupun persoalan-persoalan syahwat diri?

Tuesday, June 7, 2011

WARM 2011 - Kerana kita ibarat permata yang perlu digilap..



Assala mu'alaikum wbt,

WARM datang lagi!!
Kali ini membawakan suatu pembaharuan yang akan menggegarkan jiwa!
Dengan satu matlamat menggilapkan permata jiwa kita!

Monday, June 6, 2011

Stress tu tak wujud!

Sedihnya bile tengok adik2 ngan kawan2 kat sini bertungkus-lumus ngan study. Sampai naik peniing kepala pikir assignments dan revision! Siannye~~~

On my side, terjadi stress gak sebab sumer org cam stress! Fuh~ guane nih? Nak buat ape nih? Tak tahu nak buat ape da memandangkan sume org tengah stress.. hmmm perlu ke stress nih? Macam tak perlu..tapi could not help it.. it'll come when it likes!

Ingat2 balik, dulu2 slalu gak stress ngan study..mengomel cakap tak cukup bace la..tak cukup prepare la.. tak cukup itu ini la..macam2 la tak cukup..padahal, banyak ke sikit kite revise tak sedikit pun menentukan PASS or FAIL.. segala2nya bergantung kepada Allah..

Wednesday, June 1, 2011

Menangislah

*Mode campur-baur~~~~*

Sekarang rase cam nak nangis..tapi tak tau kenapa..
Tadi rase nak nangis..tapi tak tau kenapa..
Pagi tadi rase nak nangis dan dah nangis pun..tapi tak tau kenapa..
Malam semalam rase nak nangis dan dah nangis pun..tapi tak tau kenapa..
Petang semalam rase nak nangis dan dah nangis pon..tapi masih tak tau kenapa..
Entah kenapa lately ni rase nak menangis tu datang balik..
Entah kenapa lately hati ni banyak sangat berkata-kata..
Entah kenapa lately diri ni banyak sangat melebihkan diri dari orang lain..

Monday, May 23, 2011

Kata tak terucap buat sang ibu (Part 1)

"Morning darling. How're you feeling today? Better?" tanya midwife Licia kepada Nerida, seorang ibu yang menanti kelahiran cahaya matanya yang kedua.

Aku bukanlah orang yang terbaik menilai manusia tapi dari pengamatanku yang tidak seberapa, wajah ibu ini kelihatan sangat layu. Terasa seperti jiwanya penuh kerisauan dan dibungkam kesedihan. Mana tidaknya, sudah beberapa hari kakak ni mendiami hospital gah ini untuk 'observation'.

Kelahiran Marcus, anak pertama kepada ibu muda ini bukanlah pengalaman terbaik buatnya. Pelbagai cabaran dan kepayahan terpaksa dihadapi si ibu muda. Malah kali ini juga begitu.

"Hello Shylene. I need you to review patient in room 9 for suspiscious CTG. There seemed to be deceleration followed by fetal tachycardia in the trace. I'm assuming the fetus is distress!" lapor Licia panjang lebar kepada doktor bertugas.

Hikayat Sang Kancil & Monyet

Ingat lagi tak ngan hikayat ni? Satu hikayat yang selalu menjamu mata di zaman kanak-kanak ribena dulu-dulu. Mungkin kanak2 tak sezaman ade yang tak penah tengok kot ek citer nih...

Haaa, pekate kite imbas balek kisah sang kancil dan monyet!!! ^_^



Hikayat Sang Kancil & Monyet

Saturday, May 21, 2011

Kisah Hati Seorang Budak ~

Satu hari kat Skype, akak teramik hati sorang budak yang sangat patuh..
Sian die, sejak hati dicurik dalaman kosong..
Ye la an, ade space extra lam dada tu..
Mesti rase pelik sangat2..
Tapi, kadang2 bile jiwa kosong perasaan tu lagi dahsyat..
Penah rase tak jiwa kosong cam takde haluan hidup??
Sangat terseksa..sangat LOST!



Monday, May 16, 2011

kita dan profession - Dari Muntalaq :)

Dipetik dari blog seorang murabbi.. luluhnye hati.. masih berfikir-fikir.. nak ke jadi MFT? Sanggup ke? Betul ke? Betul ke seruan-seruan pengorbanan kite?

Jom kite fikir-fikirkan ape maksud Ustaz :)

(copy paste je laa.. xsempat nk summarise)

Usrah itu keperluan, bukan hobi...

Nak kongsi satu perasaan seorang murabbi, yang telah banyak menyentuh hati-hati kami.
Rupa-rupanya, kita bukan bersendirian. Adik-adikku, semoga usrah a.k.a. halaqah itu menjadi darah daging hidup kita, bukan perkara sampingan. Terima kasih adik-adikku, kerana memberikan aku sedikit pengalaman kesedihan dan kegembiraan :)

Dipetik dari blog Ustaz Salam http://muntalaq.wordpress.com/2011/05/08/tak-perlulah-usrah-usrah-lagi/

Dalam hati ada mereka..

Salaam people!

Introducing, my 2 beloved sisters!
Yaya and Nini...
Well, their real names spelt Mardyati (Yaya) and Marlynni (Nini)..
Lame da tak jumpe adik2 tersayang ni ha.. dekat2 setahun dah..
Mesti banyak kan yang berubah..
Dulu2, mase fly derang ni kanak2 riang lagi.. sronok bile ajak main.. ajak lari2.. ajak men beskal ke.. semuanye laa sronok je memanjang..
Hehe..kalau Nini mesti merajuk kalau xde orang nak maen badminton ngan die..
Muncung panjang kalau xde orang nak maen beskal ngan die..

Saturday, May 14, 2011

do i need some time alone??

Kawan-kawan itu milik Allah ~~
bukan milik personal yer...
bukan milik kau sorang...

Kawan-kawan patut slalu pergi jauh...
bukan duduk selalu dekat tak kira siang ataupun malam...
bukan untuk tatapan kau sorang je...

Kawan-kawan 'ini' lagilah bukan milik kau sorang...
Semua mereka ni milik Allah...
Semuanya adalah tentera-tentera Allah...

Friday, May 13, 2011

Infiru khifafan watsiqolan - Ingatkan aku!



Berangkatlah kamu kamu baik dengan rasa ringan mahupun berat...

Berangkatlah!
Berangkatlah!
Berangkatlah!


Tuesday, May 10, 2011

Syaitan shoohh!!

Hmm... nape nih?? Kenapa leh kecik ati nih??

Fuh~ benda kecik pon nak kecik ati.. manusia ni memang macam ni kan?


Pekate kite rileks kejap.. tarik nafas dalam2.. haa, duduk elok2..skang kite amik Quran..

Katakanlah (wahai Muhammad) aku pohon perlindungan pada Tuhan
yang memelihara manusia.

Yang menguasai (dan memerintah) manusia.

Sunday, May 8, 2011

Tibe2 teringat kat Atok!!

Tibe2, 2-3 menjak ni kan.. asyik laa teringat ngan rumah yg jauh di sana.. jarang gak teringat rumah nih.. hehe.. iskh3, heartless Mynna!

Tang2 ni jugak, tiba2 asyik teringat masa2 kecik.. masa2 asyik dok keluar rumah gi skolah dulu2 tu.. tiap2 weekends mesti nak gi skolah.. takleh tahan tol dok umah.. siannyaaa laaa mak ngan bapak.. A-dek, Yaya ngan adek.. ape laa derang rase mase tu ep?

Time2 ni jugakla, asyik dok teringat ngan kawan2 lama.. kawan2 yang slalu tanya khabar dulu2.. yg slalu ajak silat dulu.. ajak maen basket laa.. gi sane gi sini laa.. tapi, derang ni tak penah ajak gi buat benda yg aku tak suke.. hehe.. bagus tol kawan2 memahami prinsip hidup nih.. rindu tiba2..

Wednesday, May 4, 2011

Malas nak taip balik!! Mode: D.A.B.D.A

Adoi laa internet nih!!

Dah panjang menaip tadi, die taksave pulak entri tu!! Dah xde idea dah nak taip balik!!!!

*****

This can't be happening!!!!! Ini tipu!!!! Ini mimpi semata2!!!!!!

Hmmpphhhh!! Pergh!! Sepak kang!! (ee, tak sopannye..)

Please come back entri tadi!!! Cepat laa recover!!!!

Down nyerrr... penat2 menaip.... die hilang cam tu je... masuk bilik tido laaa sat gi.... ohh, hari yg cerah tibe2 jadi gelap...

Monday, May 2, 2011

Kita dah hanyut ngan America!!

Geram betul baca berita pagi nih! Pagi2 je dah emo. Padahal xyah emo pon xpe. Ntah ape2 la hormone pompuan ni kan kadang2. Selalu sangat kena diperingatkan, “Jangan bersedih.. jangan marah.. Allah bersama orang2 yang sabar..”

Bukannya tak pernah dengar ayat:

“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan dari Allah dengan sabar dan solat…”

Banyak kali ek. Tapi xpe, hari ni sekali diingatkan dengan kalimah2 ‘WOW’ Allah special untuk kita. Tak kira apa juga situasi sekalipun, kata-kata Allah tetap yang terbaik dan paling istimewa untuk KITA.

Saturday, April 30, 2011

Cepatnyeee masa berlalu!

Emosi! Emosi! Emosi!

Sian ANSORI-KU!!! Aseef ANSORI-KU!!!
Lame tak jenguk dia. Sian dok sini sorang-sorang.

I've been naughty! I've been very bad! I've neglected you for months!
Sorry ANSORI-KU!!!

(sesi takleh tido bermula)
****

Kenapa Aku Bersama Tarbiyyah?

Astaghfirullahi wa astaghfirullah.

Alhamdulillahi thumma, alhamdulillahi thumma wa alhamdulillah.

Ya Allah, Engkau ilhamkan aku untuk kembali berfikir. Kembali merenung atas motif apa aku berada di sini. Atas kehendak apa aku terusan berjalan di jalan ini bersama mereka?

Bukanlah kerana satu ikatan atau pertalian kemanusiaan semata-mata. Ya, benar ya Allah. Aku-lah antara hambaMu yang pernah mempersoal kewujudanku bersama mereka. Aku-lah yang pernah menilai erti sebuah persahabatan yang ketika itu masih belum aku rasai. Dan aku-lah jua, hambaMu yang pernah berfikir-fikir untuk melangkah pergi bersama sekelompok manusia lain hanya kerana satu rasa kebersamaan yang kuimpikan. Satu kebersamaan yang aku suka dan cintakan!