Thursday, November 18, 2010

Aku Penyembah Dunia?? (Az-Zumar & Aku)

Terlalu lama memerapkan diri dibawah longgokan buku-buku Medicine menjadikan aku hampir terlupa. Bukan tidak ada yang mengingatkan, tapi telinga ini seperti diselubung satu lapisan tebal menjadikan aku tuli seketika. ‘Seketika’ yang hakikatnya mampu menjadikan aku terus tuli dan terlupa!

Ya Allah, ampuni aku Ya Rabb. Hanya kepadaMu aku memohon terus diberikan petunjuk kepadaMu.

Wednesday, November 10, 2010

Southern Gathering '11

Assalamu'alaikum wbt;

Dear BROTHERS & BELOVED SISTERS,

Are you flying to Australia & New Zealand next year? Come & join this exciting pre-dep 'get together'. 14-16 Jan 2011. Klang Valley area. Book yourself in at http://www.ausis.org/sg11

Monday, November 8, 2010

Jangan Tanyakan Aku ~

Nak jugak share lirik lagu ni dengan semua! Tapi terjemahan je la.. Jazakillahu khair bagi yang mengintroduce lagu ni ^_^V (Bold tu cam menarik hati... hmm, sebenarnya semua menarik hati.. gulp, tersentap jantung! Apalaaa ertinya hidup aku selama ni??!!! Slap3x! bangun2!)

Kembali KepadaNya (edited version)

Wahai diri, berapa lama sudah engkau tidak menangis di hadapan Dia? Berapa lama sudah engkau tidak bersapa denganNya? Berapa lama sudah engkau tinggalkan 'kerja'mu yang satu itu? Atau sudah lupakah engkau pada janjimu dulu? Janji yang engkau meterai dalam kontrak penghidupanmu di dunia langsung diluluskan? Lupakah engkau wahai diri?

Friday, November 5, 2010

Kembali kepadaNya

Wahai diri, berapa lama sudah engkau tidak menangis di hadapan Dia? Berapa lama sudah engkau tidak bersapa denganNya? Berapa lama sudah engkau tinggalkan 'kerja'mu yang satu itu?

Bukankah Dia sudah banyak memberi padamu? Bukahkah Dia telah menenangkanmu ketika dadamu terasa dihimpit bumi? Bukankah telah Dia suluhkan jalan gelap yang seringkali engkau lalui dulu?

Aku Dah Lama Bercinta

“Dia telah menciptakan langit dan bumi dengan lunas kebenaran. Dia telah menentukan bentuk rupa kamu dan memperelokkan rupa paras kamu dan kepadaNya tempat kembali.” (3)

Dia Mengetahui segala sesuatu yang ada di langit dan di bumi. Dan Dia mengetahui segala sesuatu yang kamu sembunyi dan segala sesuatu yang kamu nyatakan, dan Allah Maha Mengetahui segala isi dada.” (4)

Thursday, November 4, 2010

MotivasiKu Mahu Terus Kuat

Hari ni tiba-tiba rasa semangat lebih tinggi dari biasa. Entahlah kenapa tiba-tiba. Ibarat kata orang-orang lama, jiwa seperti dibakar-bakar! Ditakdirkan Allah juga, hari ini terkenang adik-adik tersayang. Rasa dah lame tak berjumpa, duduk dalam satu bulatan berbicara tentang umat berkongsi ilmu dan kefahaman. Dah lama rasanya kita tak duduk bersama mentadabbur ayat-ayat indah Allah SWT. Terasa ‘kering’ semacam bila tak berkongsi.

Monday, October 25, 2010

Rentetan al-Kisah Islamic Fashion Festival

Astaghfirullahal'azim.. astaghfirullahal'azim.. wa astaghfirullahal'azim

Aku mohon ampun dari Allah yang mencampakkan perasaan-perasaan indah dalam hati, yang mencetuskan keinginan kepada ma'aruf dalam jiwa dan yang menolak hati untuk berusaha keras melawan kehendak diri.

Nota ringkas, sekadar untuk meluah apa yang dirasai dalam hati. Perasaan bercampur-baur, antara marah dan rasional. Atau apakah ini satu tamparan hebat tentang usaha dakwah ilallah aku dan sahabat-sahabat? Seolah-olah dinampakkan, dakwah ini perlu diperhebatkan bukan kerana nama tapi untuk memakmurkan alam dengan kalimah sebenar-benar “Lailahaillallah”!

La Tas'aluni

Assalamu'alaikum wbt,

Sedap lirik lagu ni.. nak share! Lagu yang menyentuh jiwa, siapalah kita dalam kehidupan dunia ini.. bukan siapa-siapa, hanyalah hamba Allah yang diciptakan dengan penuh kehinaan tapi telah dimuliakan dengan hadirnya islam dalam hidup ini... Istighfar...



Monday, October 18, 2010

Hijrah Mereka (Part 1)

Baru-baru ni, terbaca kisah-kisah menarik tentang 2 orang personaliti dunia hiburan yang terkenal di kalangan kita. Iaitu Maher Zain dan juga Wardina Safiyyah. Secara randomnya, Allah takdirkan saya untuk membaca kisah-kisah hidup mereka dan membuat perbandingan antara mereka yang dahulu dan sekarang. Malah dalam recent halaqoh-halaqoh pun ada membincangkan tentang mereka. Pelik juga ya, bincang tentang artis dalam usrah?

Monday, September 27, 2010

Jual-beli yang ter'best'!

Percaya atau tidak? Jual beli inilah yang terbaik! Jual beli yang terindah! Jual beli yang tak boleh didapati di tempat lain! Jual beli yang satu-satunya menguntungkan! Percaya atau tidak, terpulang pada anda! Sila rujuk 9:111!


Friday, September 17, 2010

Perjalanan Pembebasan

Zaman dulu-dulu suka buat sajak tapi kadang-kadang entah ape-ape juga la. Anyways, this one was written for the school sajak writting competition sempena Merdeka. Hopefully difahami.. ^^

PERJALANAN PEMBEBASAN


Bening malam berselimut gundah
Tiada riuh teriak si kecil
Sepasang mata terkatup sudah
Cuak bersangkar di benak
Terpancar tenang walhal tiada
Gelas harap tak putus dijulur
Harap suria besok masih ada
Selang berdekad didodoi tangis
Pelupuk berkolam air kecewa
Tak jenuh dek bersarang di mata.

Pesona Cinta 12/07/06

Pesona Cinta (12/07/06)


PESONA CINTA

Aku hanya ingin berbicara. Meluah rindu pada suatu ikatan. Aku hanya insan biasa, seringkali tersasar dan mendetikkan suatu kesalahan. Bertitik pada kalimah Allah, aku wajar bercinta. Wajar juga aku merindu. Tapi, di sebalik wajah ini tersembunyi hawa manusia yang fitrahnya, degil! Tetap mahukan cinta hamba! Tetap berkehandakkan rindu manusia!

Ku Ingin Kau Tahu

KUINGIN KAU TAHU (28/07/08)

Tahukah engkau?

Kita bersama di madrasah hidup

Belajar dan beramal bersama

Kita dinilai oleh Pengetua yang Agung

Sebelum layak bergelar pelajar cemerlang

Sebelum dinobat sebagai lepasan siswa

Tahukah engkau?

Ketika itu langkahku belum bermula

Ketika itu aku masih lagi bayi dalam dunia tarbiyyah. masih belum mengerti tentang 'sirr' dan sebagainya. Barangkali semangat pad masa itu melebihi kefahaman yang terbina. Hayatilah tulisan anak mentah sepertiku suatu ketika dahulu, tatkala aku masih cuba berjinak-jinak dengan dakwah dan tarbiyyah.


Modul Pembangunan Insan


Sekitar awal tahun 2007, aku dan teman-teman seusrah mula mendalami Modul Pembangunan Insan bersama ukhti kami iaitu Kak Wardiah. Semua sedia maklum, Kak Wardiah adalah antara yang terbaik dalam melontarkan hujah dan pendapatnya. Aku mengagumi peribadinya yang sedia menghulur bantuan walau hanya sekecil zarah.

Lidah & Humazah

Jika ditanya, apakah benda yang paling tajam di dunia? Pasti ramai yang sudah tahu jawapannya; LIDAH!

Lidah itu setajam mata pedang yang mampu menghunus hati si pendengar. Astaghfirullahal'azim, betapa Allah Maha Pengampun kepada hamba-hambaNya yang bertaubat. Acapkali kita diingatkan dengan firman-firman Allah SWT, menegur kita untuk memelihara hubungan sesama makhluk Allah SWT. Tambah-tambah lagi dalam dakwah dan tarbiyah!

Baru-baru ini, bersama adik-adik kesayangan yang menggelarkan diri mereka Najmul Insyeerah bertadabbur dengan satu surah yang kita sedia maklumi, mengecam tindakan jahat para pengumpat dan pencela. Subhanallah, begitu hebat tulisan As-Syahid Syed Qutb! Berikhtiar memahamkan umat yang lesu dan menyedarkan kita yang melayu terhadap ayat-ayat Allah. Terasa begitu tegas dan seksanya jiwa membaca kutukan dan kecaman Allah terhadap pengumpat dan pencela.

Sunday, August 22, 2010

Ansori-Ku telah syahid

Untuk yang masih belum tahu tentang Ansori, innalillahi wa-innalillahiroji'un. Daripada Allah kita datang, dan kepadaNya jualah kita kembali.

ANSORI-Ku telah syahid dalam misi ke UWS berbulan-bulan yang lepas, lantaran menjadikan aku sedikit kudung. Tapi, kenapa terasa semakin berat melangkah?

"Berangkatlah baik dalam keadaan berat mahupun ringan, dan berjihadlah di jalan Allah dengan hartamu dan jiwamu. Itu baik bagimu jika kamu mengetahui." (9:41)

Friday, August 20, 2010

Tamayyuz dalam pergaulan - Cinta Colorectal SurgeryKu!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Dari Jabir r.a., dia berkata: Rasulullah S.A.W. berkata: “Ketahuilah, janganlah sekali-kali seorang laki-laki bersama seorang wanita yang kahwin (janda) kecuali dia hendak menikahinya atau dia itu mahramnya.” (Hadith Sahih Muslim)


Wasiat ni, dipetik daripada “50 Wasiat Rasulullah Untuk Wanita” karangan Majdi Fathi As-Sayyid Ibrahim. Aku adalah manusia, seringkali lupa dan perlu selalu diperingatkan. Bukan sekali dua diperdengari dengan tazkirah-tazkirah menjaga diri dan hati seumpama ini. Banyak kali dah, rasenye! Sebagai seorang wanita Muslimah, perlu dan WAJIB memelihara diri dan maruah keluarga. Nah, reminder from Allah! Tiba-tiba terbaca bab ni pulak semalam.

Sunday, August 15, 2010

Kerikil Metropolitan

Seharian aku duduk bersahaja. Memerah otak yang sarat dengan kerikil kecil. Sedikit demi sedikit kerikil-kerikil itu berguguran. Aku menyangka ia sedikit rupanya penuh membaldi. Satu persatu kuamati dan kuselidiki; Adayang biasa aku temui di jalanan ini dan ada pula yang terlalu ganjil bukan berasal dari bumi ini. Datangnya dari satu daerah metropolitan. Daerah yang dihuni kerikil-kerikil hitam sepekat-pekatnya.

"Wahai kerikil metropolitan. Kenapakah engkau hidup bebas bersama kerikil-kerikil jalanan ini? Adakah engkau dipulaukan dari halamanmu, hai kerikil metropolitan?"

Wednesday, August 11, 2010

Oh Ramadhan, Madrasah Tarbiyyah!

Astaghfirullahal'azim, semoga Allah mengampuni setiap khilaf hamba lemah ini.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah kerana masih lagi mengurniakan nikmat hidup dan islam buat hamba dha'if ini.

Friday, May 21, 2010

Officially Unemployed!

Was not easy for me to quit the job cause it did helped a bit on my account. But, since Ansori broke down and sat resting under the garage I couldn't always get the catalogs out on time! Why is it so important?

We're dealing with honesty and trust, here! Not sending those catalogs on time means that you're being dishonest to the 'boss' and customers, but most importantly to YOURSELF! Remember ya Muslimah, Allah is always watching!

Tuesday, April 13, 2010

Mati!!

Bukan selalu kita dengar berita kematian orang-orang terdekat, kan? Mungkin untuk orang lain, selalu kot. Semalam adalah hari yang masih lagi menggegarkan jiwa dan naluri kehambaan. Tak siapa menduga bila tikanya kematian akan datang. Mungkin esok, lusa ataupun sekarang!

Tuesday, March 23, 2010

Katalog oh catalog

Dengarlah wahai Ansori-Ku!

Katalog oh katalog
Setiap kali kita bertemu
Pasti pinggangku jadi lenguh dan lelah
Belakangku sering berkeriuk
Tangan-tanganku berputar sehabis daya
Langkahku jadi pantas semena
Persiapan kami untukmu

AUSCAPE 2010


Yeay!! Sekali lagi, aktiviti bersama di musim luruh!!

Sabar dengan kesabaran yang baik

Selalu sangat kita dengar, apabila datang ujian sesungguhnya Allah sayang pada kita. Selalu juga dalam usrah, kita diajar untuk bersabar dengan segala macam ujian. Boleh jadi ujian kesenangan ataupun ujian kepayahan. Apa yang pasti, sabar itu adalah salah satu sifat seorang Muslim yang telah Allah jelaskan dalam al-Quran. Bukan satu dua, tapi lebih dari itu!

"Sabar, sabarlah wahai hati."

Sunday, March 14, 2010

Buddy System

Alhamdulillah, tahun ni di Newcastle untuk julung-julung kalinya kami melancarkan Buddy System sesama sisters. Objektif pelancaran buddy system adalah untuk membantu adik-adik baru kami menghadapi life transition dari Malaysia kepada Australia. Bukan setakat membantu dari segi pelajaran, tapi juga segala aspek kehidupan yang lain.

Tahun ni, adik-adik kami sangat ramai. Alhamdulillah, kakak-kakak yang sudi menjadi 'pembuddy' pun ramai juga. Semoga dengan berjalannya buddy system, akan dapat mengeratkan lagi ukhuwwah sesama warga Newcastle.

Kita bersatu bukan kerana nama, bukan juga kerana harta. Kita bersatu kerana hati kita sama. Kita bersama kerana punyai matlamat dan impian yang serupa.

ANSORI-KU

Assalamu'alaikum wbt,

This is not my first blog but the xth! Previous blog, always not active but I really hope that this one gonna last longer than the rest! InsyaAllah. I am not a good writer and this blog is not intentionally for public view but don't worry! No PERSONAL secrets will be posted, I promised!

Now, let me introduce you ANSORI-KU!!!!

Have a 3 seconds guess, who is ANSORI-KU?

1....

2....

3....