Friday, June 10, 2011

Tarbiyyah buat aku & ukhtiku

Datangnya dari seorang sahabat, seorang teman. Jazakillahu khayr buat ukhtifillah. Kadang-kadang kita terleka dan terlali seketika lantaran hebatnya pukulan arus dunia yang melanda. Kita berkenalan sebelum mengenal tarbiyyah. Kita tambah kenal selepas mengenal tarbiyyah. Aku melihatmu membesar dan dewasa. Engkau juga melihat aku meninggalkan sifat keanakkan kita sedikit demi sedikit.

Itulah tingginya nilai tarbiyyah buat diri kita ukhtiku. Menjadikan kita lebih jiddiyyah dengan kehidupan yang bersisa. Ke mana lagi harus kita alirkan sisa hidup ini jika tidak untuk Allah? Ke mana lagi perlu kita tumpukan jiwa dan ruh ini jika bukan kepada Allah? Tarbiyyah...menjadikan aku dan engkau jiddiyyah!

Thanks for the reminder.

Thursday, June 9, 2011

Cukup berimankah kita?

Manusia ni, selalu perasan! Selalu rase die je yang baik, orang lain tak baik. Tapi ade jugak yang akan rase orang lain je baik, die je la yang tak baik. Pelik kan manusia nih, selalu menilai sesuatu berdasarkan apa yang mereka sendiri tafsirkan dan bukannya melihat pada apa yang Allah telah hadiahkan kepada mereka.


Sekadar perkongsian pendek, cukup berimankah kita bilamana hati ini telah patuh pada perintah Allah tapi masih lagi merasa berat dan sentiasa mempersoalkan baik buruk untuk dirinya sendiri? Atau cukup berimankah kita bila mana diri ini telah patuh dan tidak lagi merasa beratnya amanah dan taklifan Allah untuk kita ketikamana nyawa masih lagi dikandung jasad? Atau cukup berimankah kita apabila hati telah redha dan sanggup menerima segala-galanya yang telah ditakdirkan Allah sepenuh hati tanpa keluh kesah mahupun persoalan-persoalan syahwat diri?

Tuesday, June 7, 2011

WARM 2011 - Kerana kita ibarat permata yang perlu digilap..



Assala mu'alaikum wbt,

WARM datang lagi!!
Kali ini membawakan suatu pembaharuan yang akan menggegarkan jiwa!
Dengan satu matlamat menggilapkan permata jiwa kita!

Monday, June 6, 2011

Stress tu tak wujud!

Sedihnya bile tengok adik2 ngan kawan2 kat sini bertungkus-lumus ngan study. Sampai naik peniing kepala pikir assignments dan revision! Siannye~~~

On my side, terjadi stress gak sebab sumer org cam stress! Fuh~ guane nih? Nak buat ape nih? Tak tahu nak buat ape da memandangkan sume org tengah stress.. hmmm perlu ke stress nih? Macam tak perlu..tapi could not help it.. it'll come when it likes!

Ingat2 balik, dulu2 slalu gak stress ngan study..mengomel cakap tak cukup bace la..tak cukup prepare la.. tak cukup itu ini la..macam2 la tak cukup..padahal, banyak ke sikit kite revise tak sedikit pun menentukan PASS or FAIL.. segala2nya bergantung kepada Allah..

Wednesday, June 1, 2011

Menangislah

*Mode campur-baur~~~~*

Sekarang rase cam nak nangis..tapi tak tau kenapa..
Tadi rase nak nangis..tapi tak tau kenapa..
Pagi tadi rase nak nangis dan dah nangis pun..tapi tak tau kenapa..
Malam semalam rase nak nangis dan dah nangis pun..tapi tak tau kenapa..
Petang semalam rase nak nangis dan dah nangis pon..tapi masih tak tau kenapa..
Entah kenapa lately ni rase nak menangis tu datang balik..
Entah kenapa lately hati ni banyak sangat berkata-kata..
Entah kenapa lately diri ni banyak sangat melebihkan diri dari orang lain..