Friday, June 10, 2011

Tarbiyyah buat aku & ukhtiku

Datangnya dari seorang sahabat, seorang teman. Jazakillahu khayr buat ukhtifillah. Kadang-kadang kita terleka dan terlali seketika lantaran hebatnya pukulan arus dunia yang melanda. Kita berkenalan sebelum mengenal tarbiyyah. Kita tambah kenal selepas mengenal tarbiyyah. Aku melihatmu membesar dan dewasa. Engkau juga melihat aku meninggalkan sifat keanakkan kita sedikit demi sedikit.

Itulah tingginya nilai tarbiyyah buat diri kita ukhtiku. Menjadikan kita lebih jiddiyyah dengan kehidupan yang bersisa. Ke mana lagi harus kita alirkan sisa hidup ini jika tidak untuk Allah? Ke mana lagi perlu kita tumpukan jiwa dan ruh ini jika bukan kepada Allah? Tarbiyyah...menjadikan aku dan engkau jiddiyyah!

Thanks for the reminder.



.:UNTUK SAHABAT:.

sahabat jika hari ini
aku terlalu gembira
sedarkanlah aku degan
amaran-amaran Allah
jika aku bersedih tanpa kata
pujuklah aku dengan tarbiyah pencipta
jika aku lemah tak berdaya
ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga
jika antara kita ada tembok yang memisahkan
ajaklah aku meleraikan segera
jika pernah hati mu terluka
luahkanlah agar aku berubah
dan jika esok ku lena tanpa terjaga
iringlah lenaku dengan kalungan doa
berjanjilah sahabat,
ukhwah kita untuk selamanya.....


"berjuang ertinya terkorban, kerna kita berjuang untuk berkorban"

No comments:

Post a Comment