Saturday, October 15, 2011

Rindu mereka~~

Kadang2, dalam kita bersahabat..lebih banyak kita mengharapkan apa yang kita dapat hanyalah yg terbaik daripada sahabat kita. Bila kita tak dapat apa yang kita inginkan, cepat je kita melenting tak puas hati. Aku juga manusia seperti itu. Sentiasa mengharapkan yang lebih daripada seorang sahabat yang dicintai. Mungkin ada yang malah berkata kepadaku, “Awak tidak berlaku adil kepada semua!” Mungkin benar, dan mungkin tidak. Wallahu’alam.


Tapi, apa yang aku tahu..untukku semua sahabat itu istimewa dengan keadaan dirinya sendiri. Tak perlu berubah mengikut apa yang aku sukai. Tak perlu menjadi seperti apa yang mansuai ramai impikan dari seorang sahabat. Iaitu sentiasa ada untukku, menuruti setiap kehendak dan kesukaanku, sering melafazkan kata2 sayang mahupun kerap mencuba menggembirakan hatiku. Aku hanya perlu tahu engkau sentiasa mendoakanku untuk ke syurgaNya.


Bercerita tentang sahabat, teringat seorang sahabat yang benar2 aku cintai walaupun sudah bertahun tidak bersua. Perasaan rindu pada sahabat2 ini semakin membuak walaupun aku jarang bercerita tentangnya, jarang berbual dengannya dan jarang berkirim khabar dengannya. Itulah sahabat yang pernah berjanji untuk saling menasihati sesame sendiri demi satu cita-cita yang besar. Alangkah indahnya jika sahabat ini juga bersamaku dijalan ini dan barisan ini. Itu impianku…


Sahabat inilah yang tersangat aku cintai kerana perkenalan kami tidak pernah dicemari dengan anasir2 yang tidak disukai. Stret to the point, sahabat ini tidak pernah menyenaraikan kelemahanku dan kekuranganku walaupun aku tahu senarai itu pasti panjang berjela-jela. Aku tahu bukan kerana dia meluahkannya mahupun layanan buruk yang diberikan kepadaku. Tapi aku tahu kerana perubahan kecil yang ada pada kata-kata dan wajahnya.


Serius rindu pada sahabat-sahabat itu walaupun mereka tidak sejalan dengan apa yang aku imani. Bukan senang nak jumpa sahabat yang tidak akan mencampakkan segala keburukan dan kelemahan ke wajah kita, walaupun dia mengenali kita baik dan buruk. Aku sanagt menyesali kerana tidak memberi perhatian yang cukup buat mereka yang menyentuh jiwaku dengan nilai persahabatan yang benar. Kami bersahabat untuk lebih dekat kepada Allah. Kami bersahabat untuk saling memperbaiki akhlak bersama. Kami bersahabat untuk menjadi insan yang cemerlang dunia dan harapnya akhirat.


Aku rindu pada mereka yang menerima segala pahit dan manis dariku! Aku rindu!


Sahabat-sahabatku, terima kasih..jazakunnallahu khairan katsira kerana tidak pernah melemahkan aku dengan keaiban dan kekuranganku…dan maafkan aku kerana masih kurang memberi~~

Rindu untuk berjumpa semula…

Can’t wait for 29 December 2011!!

1 comment:

  1. entri ni sgt terkesan dihati kite. aseef, kte tidak menjadi sahabat terbaikmu.. :(
    mgkin kamu tidak tahu betapa kita sgt syg kamu, fillah, fillah, dan fillah..hanya Allah yg tahu... betapa kita sgt mempedulikan kamu, xkira, kamu sedar ke tak sedar..hanya Allah yg tahu. betapa kita nak kamu jadi lebih baik,dan sama2 masuk syurga..teguran itu bukan kutukan buatmu tp satu seruan utk kamu bangkit kembali menjadi yg lebih baik..tp mgkin kamu tidak tahu.. hanya Allah yg tahu. betapa kita sgt tak suka dgr dgn kata2 kurang manis drp org laen, kerana kite tahu kamu tidak begitu..tiada sape yg tahu, hanya Allah yg tahu. betapa kita selalu mendoakan supaya kita sma2 pass exam, berjaya dunia akhirat..tiada sapa yg tahu, hanya Allah yg tahu..
    aseef jiddan...aseef jiddan kerana menyakitimu.. aseef skali lagi jika comment ini buat kamu sedey, terguris.. aseef juge kalo ade gurauan2 yg menyakiti hati kamu, kite ni suke bergurau..maen2..
    tp inilah kata2 yg lahir drp hati kita.. sori cm bunga2..tp itu yg kita rasa.. :)

    ReplyDelete