Tuesday, January 24, 2012

Kita perlu lebih 'Open-minded'??

Terkesima dengan statement seseorang yg BESAR di negara tercinta!! Lame sangat da tak balik Malaysia sampai da xtahu ape jadi..hadoi~~ teruknye diri ni! Astaghfirullahal 'azim..

Baru2 ni, tertengok TV# (dirahsiakan namanya..hehe) sampai terkedu xterkata apa-apa! Kalau dulu, selalu jugak tengok rancangan ni tapi takde la macam tu skali..dulu-dulu, orang puteh je slalu buat episod-episod macam tu! Betapa dunia sudah berubah, sekelip mata dalam kita sedar atau tak sedar.

Memandangkan otak masih jetlag, I'll simplify this entry for you (alasan! hehe). Rancangan TV#, sangat-sangat terbuka. Sekarang ni, rakyat Malaysia secara paksa atau sukarela menerima siri-siri perbincangan yang bercanggahan dengan Islam. Sekarang, rakyat Malaysia sudah tidak segan silu membincangkan isu 'cucuk dagu', 'cucuk hidung', 'cucuk sana cucuk situ'! Masih terngiang lagi kenyatan berani seorang kakak yang sudah sedia cantik tapi masih mahu men'cucuk' dagu untuk nampak lebih cantik:

"Saya mengambil keputusan untuk buat rawatan dagu ni, sebab nakkan wajah yang lebih menawan." (lebih kurang je..hehe)


Melihat persepsi-persepsi berani sebegini ditayangkan secara terbuka dimuka TV, tanpa segan silu juga saya telah menggeleng kepala dihadapan mak dan adik-adik saya. (erk, bahasa skema tbe2) Kesimpulannya, agak terkilan dan terkejut bile dapat tahu yang sekarang negara Malaysia sudah menjadi lebih 'open-minded' dengan perkara-perkara begini.

Sekaligus membuatkan saya terfikir, apakah ini sebenarnya yang dinamakan 'open-minded'? Berfikiran terbuka sehingga masing-masing sudah tidak malu mengakui dosa di khalayak umum! Masing-masing mahu saling membanggakan diri dengan setiap kesalahan dan setiap keaiban diri walhal mendapat murka Allah SWT!

Terus saya duduk sejenak dan berfikir. Betapa saya juga tidak tahu malu dan tanpa segan silu mencari dosa dan keaiban orang lain yang terang nyata mengakui dosa. Tertanya-tanya pada diri sendiri, apakah posisi saya dalam situasi ini? Adakah saya pula tergolong dalam golongan yang malu dan enggan mengakui kelemahan diri sekaligus sentiasa menjadikan diri watak protagonis? Ataukah saya sebenarnya betul-betul mahu memperbaiki diri dan tersentap dengan realiti umat sekarang?

Terus-terang saya katakan, saya takut dan malu untuk mengakui menjadi orang yang betul-betul sayangkan dan cintakan Allah. Memang teringin untuk mengakui sedemikian tapi takut jika pengakuan ini tidak benar. Takut kerana sebenarnya diri saya masih lagi menyembunyikan dosa dari khalayak ramai. Takut dilabel sebagai munafik di akhirat kelak di mahkamah Allah. Na'uzubillah.

Dari pihak saya, biarpun Malaysia kini menjadi lebih 'open-minded' hatta manusia sudah tidak malu mengakui dosa..tapi, jangan sekali-kali membiarkan diri kita ditipu dengan lakonan diri sendiri. Bersamalah kita koreksi diri dan tingkatkan kebaikan diri baik luaran mahupun dalaman. Kerana berwaspadalah, Allah bukan hanya menilai luaran yang kita pamerkan pada khalayak umum tapi turut menilai dalaman dan saat-saat manusia lain tidak memperhatikan kita. Itulah rahsia sebenar kehidupan dan kejayaan.

Wallahu'alam.


No comments:

Post a Comment