Thursday, December 20, 2012

Summer! Here I come~~

Alhamdulillahi thumma alhamdulillahi wa-alhamdulillah..

Setelah hampir tepat 6 bulan berhempas pulas, bergelumang dengan dunia perubatan yang seakan-akan tiada hentinya, akhirnya Allah mendatangkan satu fasa kerehatan buatku. Satu fasa rehat daripada segala hiruk pikuk dunia yang semakin hari semakin mencengkam.

Tiada ucapan dan kata-kata lain yang layaknya aku lafazkan melainkan kata syukur dan sujud syukur pada Allah yang sentiasa memberikan aku secebis kebahagiaan walau dalam pandangan berkabus. Musim panas, sesuai dengan namanya aku mengharapkan cahaya akan terus menyinar, terus memacu aku ke hadapan tanpa ragu.

Esok hari, aku akan berangkat ke satu tempat yang sudah berkali-kali menyimpan memori aku dan mereka. Tahun ke saban tahun mereka berubah rupa, berubah cara menambah dekatkan aku pada Sang Pencipta. Moga-moga permusafiran esok hari sentiasa diiringi mentari yang terang menyinar tidak akn pernah padam dan tidak akan pernah menghampakan. Kerana cahaya itu milik Allah dan milik kita jika kita benar-benar mahu mencari petunjuk ke arah kebenaran.

Summer!!
Here
I
Come~~

No comments:

Post a Comment