Thursday, October 4, 2012

Gugur itu PASTI!

di saat akhawat menyaksikan satu kebangkitan,
aku menyaksikan kegelinciran,
tatkala semua bergembira dengan sedikit kemenangan,
ada yang gugur kian dilupakan..

ironinya, jalan ini mempamerkan kedua2 kejadian selari..
sedang ada yang mula berlari2 anak..
lebih ramai yang jiwanya kian meluntur..

khianatkah si dia atau dia dikhianati?
Barangkali jiwa kita hanya gah pada menghidupkan yang baru,
Tapi lengah dalam menetapkan yang sedang berlari bersama..

Moga kisah2 ini jadi renungan buat semua..
Tiada apa yang menjamin kita untuk tsabat~~

Bismillahirrahmanirrahim,
Dakwah ini bernafas panjang. Tidak akan bertahan bagi siapa-siapa yang tidak mampu bertahan dengan segala ujian baik ujian kemudahan mahupun kepayahan. Ramai antara kita bijak dan hebat membina mad'u baru menjadi seorang yang hebat pada kaca mata dakwah. Tapi, hanya sedikit yang gigih mencoba membantu akhawat lama untuk tsabat. Kadang-kadang, sebenarnya kitalah yang menyebabkan futurnya seorang ukhti dari atas jalan ini. Kitalah yang menggelincirkan si dia. Kitalah yang menjatuhkan dia beramai-ramai dari atas jalan yang dicintai ini. Tapi, kita semua leka dek kemenangan yang sedikit.
Bukan menuding jari pada siapa-siapa tapi hanya sergahan pada diridan jiwa-jiwa yang masih segar! Dakwah ini bukan hanya menghidupkan jiwa-jiwa yang mati dari mengenal tujuan kehidupan! Pendek benar angan-angan dan cita-cita dakwah kita jika itu benarnya yang saban hari berlegar dalam fikiran! Kita adalah kuli dakwah! Benar! Tapi tahukah kita kuli itu bukan hanya untuk menggemburkan tanah untuk menghidupkan bumi yang telah tandus? Kuli itu membina dan mengekalkan! Itulah kuli dakwah! Bukan sekadar berkorban untuk mad'u-mad'u yang tergedek-gedek berjalan ke arah kita dengan wajah suci bersalut jahiliyah! Ia bukan sekadar itu akhawat..bukan cuma itu..
Antunna pernah menyaksikan dan sedang menyaksikan..beberapa siri kegelinciran dari gerabak dakwah. Tema yang tidak akan pernah pupus dari setiap episod drama hidup bersama dakwah dan tarbiyah. Usah menidakkan antunna sedang menyaksikan kegelinciran! Kerana ia sedang terjadi juga kerana kita! Kita sibuk merasai sembilu kata-kata seorang murabbi..seandainya kita menjadi pengkhianat bila mana kita menjarakkan diri dari tarbiyah dan dakwah. Tapi, bongkak kah kita jika kita sebenarnya sedang lupa bahawa kita juga adalah pengkhianat pada akhawat yang segerabak yang tertolak dari atas landasan ini?? Kita menyaksikan mereka sedang mahu terjun keluar, tapi kita hanya membiarkan..kerana 'ada lagi yang lebih utama yakni membina yang baru'.
Andai akulah yang futur kelak, maka itu adalah balasan Allah buatku kerana telah khianat pada akhawat. Akulah pengkhianat yang mengkhianati yang futur dalam diam..dengan linangan air mata, aku mohon pada Allah..
Ya Allah Ar-Rahman Ar-Rahiim,
Dengan kasih sayang dan limpahan kurniaMU aku meminta,
Selamatkanlah kami dari kefuturan..
Selamatkanlah kami dari kegelinciran..
Selamatkanlah kami dari kesombongan..
Selamatkanlah kami dari angan-angan dunia..
Selamatkanlah kami dari akhirat yang mengongkong jiwa..
Selamatkanlah kami dari azab api nerakaMu yang bernyala-nyala..
Selamatkanlah kami ya Allah..
Tetapkanlah langkah kami ya Rahman..
Teguhkanlah jiwa-jiwa kami ya Rahiim..
Inilah jalanMu yang benar dan kami mahu melaluinya seperti Rasulullah dan sahabat..
Tsabatkan kami ya Allah di atas jalan yang haq ini sehingga akhir nafas kami..
Amiin..
 
 

No comments:

Post a Comment