Sunday, March 14, 2010

Buddy System

Alhamdulillah, tahun ni di Newcastle untuk julung-julung kalinya kami melancarkan Buddy System sesama sisters. Objektif pelancaran buddy system adalah untuk membantu adik-adik baru kami menghadapi life transition dari Malaysia kepada Australia. Bukan setakat membantu dari segi pelajaran, tapi juga segala aspek kehidupan yang lain.

Tahun ni, adik-adik kami sangat ramai. Alhamdulillah, kakak-kakak yang sudi menjadi 'pembuddy' pun ramai juga. Semoga dengan berjalannya buddy system, akan dapat mengeratkan lagi ukhuwwah sesama warga Newcastle.

Kita bersatu bukan kerana nama, bukan juga kerana harta. Kita bersatu kerana hati kita sama. Kita bersama kerana punyai matlamat dan impian yang serupa. Matlamat kita sama kerna Allah menemukan kita. Jalinan hati, itulah jalinan yang abadi.

Semoga Allah mengikat hati kita dengan rasa cinta pada syahadah, dan segalanya hanya kerna Dia. Sekadar mengakhiri, doa cinta buatmu sahabat:


Wahai Yang Maha Pengasih,
Jika kawanku jatuh cinta, benihkan cintanya kepada seseorang yang melabuhkan cinta kepadaMu, agar bertambah kekuatannya untuk mencintaiMu.

Wahai Yang Maha Penyayang,
Jika kawanku jatuh hati, izinkanlah dia menyentuh hati orang yang hatinya tertaut kepadaMu, agar kawanku tak jatuh dalam jurang cinta yang murah.

Wahai Yang Maha Penyayang,
Jika kawanku rindu, rindukanlah dia kepada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.

Wahai Yang Maha Penyayang,
Jika kawanku rindu, jagalah rindunya kepada Dia, agar kawanku tak lalai merindui syurgaMu.

***

Moga ukhuwwah yang terbina terus berkekalan sampai bila-bila.


"sesungguhnya setiap Muslim itu adalah bersaudara"

No comments:

Post a Comment