Tuesday, March 23, 2010

Katalog oh catalog

Dengarlah wahai Ansori-Ku!

Katalog oh katalog
Setiap kali kita bertemu
Pasti pinggangku jadi lenguh dan lelah
Belakangku sering berkeriuk
Tangan-tanganku berputar sehabis daya
Langkahku jadi pantas semena
Persiapan kami untukmu

Katalog oh katalog
Hari ini engkau berlima
Esok pula datang berdua
Tulat nanti engkau berenam
Hatiku tambah kecut suatu ketika
Engkau datang sepasukan bola!

Katalog oh katalog
Caribee-ku hampir berputus asa
Green bag rumahku koyak semuanya
Purple dan blue pun jadi lembut tiba-tiba
Seolah gerun padamu datang segera
Seakan perang dunia tercetus semula
Hebat benar kuasamu duhai katalog

Katalog oh katalog
Engkau datang bersama rahmat
Engkau istimewa bukan sembarangan
Engkau ke mari kerana dipinta
Walau emas menjadi doa
Rahmat dan kasih sayang Allah
Engkaulah buktinya
Itulah cintaNya pada hamba bercinta!


p/s: tak paham pon takpe. Hanya Tuhan yang tahu.. la la la..


"berjuang ertinya terkorban, kerna kita berjuang untuk berkorban."

No comments:

Post a Comment