Sunday, July 31, 2011

Satu rasa :)

Rasanye dah lame sangat meninggalkan Ansori-ku, xberisi xbertulis. Maap yer Ansori-ku, bukan sengaja tapi belum diberi kekuatan selama itu untuk menghiasimu..sile senyum yer Ansori-ku (sy tak gila! Ansori-ku adalah sy juge!! *senyum*)

Beberapa minggu yang lalu, terbaca satu emel dari seorang akh yang ditujukan kepada sekumpulan manusia yang mengakui dirinya pejuang. (semoga Allah meredhai segala perjuangan itu. Amin..) Satu emel yang penuh rasa, penuh makna. Membuatkan aku dan beberapa manusia lain tersedu dan mengalir air mata. Alangkah benar dan tajamnya kata-kata puisi ini, yang ditulis dengan penuh rasa kasih dan cinta. Aku merasai kasih sayang itu, lantas aku juga mahu kalian merasainya..


A’uzubillahiminassyaitonirrajim..
Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan namaNya,
Ar-Rahman..Ar-Rahim..
Ar-Rahman atas segalanya..
Ar-Rahim atas segalanya..
Adunan rasa yang disimpan,
Jauh di sudut yang paling dalam
Buat jiwa-jiwa..yang berjiwa mutarabbi
Meski sudah jauh berjalan
Jiwanya masih jiwa mutarabbi
Mengharap sayang sang murabbi
Mengharap kasih sang murabbi
Wahai ‘ibadurrahman..
Dalam hatimu itu ada rasa sayang
Dalam hatimu itu ada rasa kasih
Sayang bukan sebarang sayang
Kasih bukan sebarang kasih
Cuma..cuma..
Ingin kuingatkan
Diriku dan kalian
Murabbi itu bukan malaikat
Murabbi itu bukan nabi yang maksum
Cuma..cuma..
Murabbi itu cuma seorang manusia,
yang dengan sedayanya mencuba
menjadikan nabi itu qudwah terbaik dalam hidupnya
Dan kenapa, duhai pemilik hati ‘ibadurrahman
Perlu kalian mengeluh, berkeluh kesah
Resah menanti murabbi sepertinya malaikat
Menunggu murabbi sepertinya nabi
Tanpa ada cacat walau sedikit
Benar..benar..
Benar murabbi itu bagaikan ayah, bagaikan ibu
Benar murabbi itu seorang pemimpin
Benar murabbi itu seorang guru
Benar murabbi itu seorang sahabat
Benar, seharusnya begitu
Tapi..
Ingin diingatkan
Diriku dan kalian
Kita merancang,
Allah jua merancang,
dan Dia adalah sebaik-baik perancang
Sabar..sabar..sabar duhai pemilik hati ‘ibadurrahman..
Tarbiyah itu dari Allah..
Ada harinya tarbiyah itu lewat sang murabbi
Ada harinya tarbiyah itu lewat sang mutarabbi
Ada harinya tarbiyah itu, lewat diri kita sendiri
Tapi datangnya sama, dari Allah..
Kenapa harus ada masa berhenti?
Kenapa harus ada masa berhenti dari tarbiyah ini?
Kenapa..?
Yang miliki hatimu itu hatimu sendiri
Yang miliki jiwamu itu jiwamu sendiri
Yang miliki imanmu itu imanmu sendiri
Allah kan ada..
Allah ada..
Allah..
Duhai pemilik hati ‘ibadurrahman..
Ku katakan begini,
untuk kalian yang memiliki jiwa mutarabbi
untuk diriku yang jua seorang mutarabbi
dan murabbi kita..jua seorang mutarabbi
Sampai..
Murabbi teragung..
Tidak rindukah kita pada baginda?
Murabbi kepada murabbi teragung..?
DIA pemilik nyawa kita..
DIA pemilik hati kita..
DIA pemilik iman kita..
Kembali pada asalnya diri.
Jadi kenapa harus lari?


Terkadang aku terlupa bahawa semua kita adalah manusia. Bahawa setiap jiwa adalah jiwa yang sentiasa belajar dan ditarbiyah. Apatah lagi ikhwah akhawat yang disayangi sentiasa. Kita akan ada pembaharuan dan perubahan, jika kita benar-benar mengenali siapa diri kita dan asalan diri kita..

Wa astaghfirullah, astaghfirullah astaghfirullah..Aku berlindung denganMu ya Allah, dari perasaan kecut dan lemah. Aku mohon kekuatan berjuang itu berkekalan hingga syahid..Dan benar katanya, jika sungguh-sungguh mencintai murabbi teragung kenapa harus lari? Kenapa harus bersembunyi? Walhal ketentuan Allah itu satu petanda kita mampu berhadapan dengannya.

Sungguh, apa sahaja yang sudah terjadi..sedang terjadi mahupun yang bakal terjadi..ingatlah Ansori-ku, Allah sentiasa ada..Allah ada bersama kita walau manusia lari daripada kita. Kerana kita hidup bukan sekadar memuaskan hati semua manusia, tapi kita hidup untuk mengejar redhaNya.

"Jangan di kejar bayangan mentari, kerana ianya akan sentiasa lari. Tapi kejarilah mentari kerana bayangnya akan turut mengekori kita. Begitulah juga kita dan manusia :)"


Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak buat semua!
Dari hati yang terdalam, mohon maaf atas segala salah dan silap yang sengaja atau yang tidak disengajakan. Sangat mengharapkan hati-hati ini kembali bersih agar lebih dekat dengan Allah. Sangat mengharapkan hati-hati ini kembali melebihkan Allah dari segala-galanya, agar diri kita akan terus hidup bersama dakwah dan tarbiyyah. Dari tarbiyyah, segala-galanya bermula..selamat menghayati hidup dalam bulan tarbiyyah..!

Dan buat sahabat-sahabat di luar sana, kemaafan dariku sentiasa bersama (kalau ade la salah silap tu..kalo xde, akn sentiasa sudi dan gembira memberi kemaafan! :D) Siapalah aku untuk tidak memaafkan, sedangkan Allah Maha Pengampun ke atas hamba-hambaNya. Peace (^_^)V



No comments:

Post a Comment