Thursday, August 11, 2011

Sharing is Caring Day 11

Setelah lebih 10 hari berpuasa, agak2nya ape yg kite dah dapat ek selama nih? Hmm jom la kite fikir-fikirkan same2 sambil kongsi ayat2 dibawah..

6:20
Orang-orang yang telah Kami berikan Kitab kepadanya, mereka mengenalnya (Muhammad) seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Orang-orang yang merugikan dirinya, mereka itu tidak beriman (kepada Allah).

6:32
Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti?

6:54
Dan apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami datang kepadamu, maka katakanlah, "Salamun 'alaikum (selamat sejahtera untuk kamu)." Tuhanmu telah menetapkan sifat kasih sayang pada diriNya (iaitu) barang siapa berbuat kejahatan di antara kamu kerana kebodohan, kemudian dia bertaubat setelah itu dan memperbaiki diri, maka Dia Maha Pengampun, Maha Penyayang.

6:59
Dan kunci-kunci semua yang ghaib ada pada-Nya; tidak ada yang mengetahui selain Dia. Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut. Tidak ada sehelai daun pun yang gugur yang tidak diketahuiNya. Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak pula sesuatu yang basah atau kering, yang tidak tertulis dalam Kitab yang nyata (Lauh Mahfuz).


Ditamatkan disini buat sementara waktu..sehingga bertemu lagi di lain hari, insyaAllah :)


Jazakillah ukhti!! ^^


No comments:

Post a Comment