Tuesday, January 24, 2012

Kathirah Permulaan Semester Baru

Sekadar mahu berkongsi, lintasan hati dipermulaan semester baru. Alhamdulillah, alhamdulillah wa alhamdulillah..sekali lagi Allah mengurniai aku dengan nikmat yang menggembirakan. Akhirnya, tahun ini secara rasminya aku menjejakkan kaki ke dalam tahun akhir pengajian setelah pelbagai peristiwa berlaku. Hanya kepada Allah selayaknya aku kembalikan segala-galanya.

Perkongsian ringkas untuk hari ini, as stated by one of the doctors in orientation today...setiap manusia yang bernyawa, hidup di dalam dunia ini tidak akan terlepas daripada ujian dunia yang Allah berikan. Setiap yang hidup ini pasti ada yang mengejar dunia walaupun sedikit. Tapi, hanya yang benar-benar mengejar akhirat akan meleraikan ikatan dunia pada hati mereka.

Kesimpulannya, sama-samalah kita lepaskan segala ikatan dunia yang menambat hati kita untuk menuju kepada Allah dengan lebih bahagia. Inilah jalan yang lebih membahagiakan. Hopefully, we will give our best to run towards Allah. Time to let go~~

Wallahu'alam.


No comments:

Post a Comment