Friday, August 20, 2010

Tamayyuz dalam pergaulan - Cinta Colorectal SurgeryKu!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Dari Jabir r.a., dia berkata: Rasulullah S.A.W. berkata: “Ketahuilah, janganlah sekali-kali seorang laki-laki bersama seorang wanita yang kahwin (janda) kecuali dia hendak menikahinya atau dia itu mahramnya.” (Hadith Sahih Muslim)


Wasiat ni, dipetik daripada “50 Wasiat Rasulullah Untuk Wanita” karangan Majdi Fathi As-Sayyid Ibrahim. Aku adalah manusia, seringkali lupa dan perlu selalu diperingatkan. Bukan sekali dua diperdengari dengan tazkirah-tazkirah menjaga diri dan hati seumpama ini. Banyak kali dah, rasenye! Sebagai seorang wanita Muslimah, perlu dan WAJIB memelihara diri dan maruah keluarga. Nah, reminder from Allah! Tiba-tiba terbaca bab ni pulak semalam.


Mungkin ada yang pelik, seolah-olah wasiat ini ditujukan hanya untuk golongan yang dah kawen atau janda. Tapi percayalah, ianya juga wasiat untuk kita. Kenapa derang? Kenapa?! Kerana manusia seringkali meremehkan penjagaan hubungan laki-laki dengan wanita-wanita ini kerana beranggapan bahawa mereka ni dah atau pernah kawen. So, takpe la yer?


Walhal, Rasulullah menyiratkan bahawa lebih utama penjagaan wanita-wanita yang masih gadis atau yang belum berkahwin. Sesungguhynya, inilah golongan wanita yang selalu terjaga, diawasi dan benar-benar dijauhkan dari kaum lelaki dalam pergaulannya, sampaikan tak perlu disebutkan. It’s an assume knowledge. Jika wanita-wanita yang sudah atau pernah berkahwin dilarang oleh Rasulullah, apatah pula bagi yang masih lagi ‘bujang’.


Memang benar kita berasal dan berada dipersekitaran yang berbeza, dengan budaya dan penerimaan masyarakat yang berbeza. Tetapi, kita lebih berbeza dengan wanita-wanita lain yang tidak bersama islam kerana kita berjalan dan meneroka bumi Allah hanya semata-mata untu redha Allah dan menyeru kalimatan thoiyyiba. Padahal yang lain hanya berhabis masa mencari kehendak hati dan nafsu. Maka, inilah perkara yang perlu kita benar-benar pelihara dan jagai agar kita tidak disamai dengan golongan yang mempunyai matlamat selain Allah! (huhu.. zap zapzap!!!)


Tahukah anda? Budaya pergaulan ‘bebas’ antara pemuda-pemudi ke dalam masyarakat Muslimin datangnya dari warga Eropah yang beragama Nasrani. Masing-masing memperjuangkan kebebasan mutlak kepada kaum wanita. BEBASLAH KAMU BERBUAT APA SAHAJA! Do as you please! Nah, jiwa-jiwa kosong tanpa kefahaman islam sebenar pun melompat-lompat dan meloncat-loncat untuk bebas! Bebas dari suatu kebebasan bersama Allah menuju ke perangkap syaitan dan mengikat diri bersama al-hawa’ hinggakan wanita-wanita ini berani keluar malam yang akhirnya mendedahkan diri kepada mara-bahaya. Malah, bercampur habis-habisan dengan kaum Adam di tempat-tempat kerja baik mudah mahupun yang tua. (ooh, sekali lagi zzzzaaaaappp!)


Pergaulan sebegini dianggap peradaban dan kemajuan dari kaca-kaca TV dan media massa yang lain. Mana hilangnya peradaban islam yang suatu ketika dahulu diagungkan dan dipandang tinggi? Terlalu banyak kesan-kesan negatif daripada ‘ketamadunan’ ini. Lebih cons daripada pros.

“Wahai saudari Muslimahku! Akibat paling besar yang akan engkau sesali kerana pergaulan ini adalah hilangnya rasa malu, kesucian dan kehormatan diri. Perhatikan apa yang dikatakan seorang penulis wanita Inggeris, Lady Cook:

‘Pergaulan antara laki-laki dan wanita hanya menguntungkan kaum laki-laki. Di samping itu, kaum wanita selalu dikejar oleh kerakusan yang bertentangan dengan nalurinya. Selagi pergaulan ini semakin bebas, maka anak-anak hasil perzinaan juga akan semakin banyak. Ini merupakan bencana yang besar bagi wanita.’

Sayangnya, kita kini mengambil contoh pergaulan orang-orang yang bukan Muslim. Malah acapkali mencampur-adukkan konsep pergaulan antara cara islam dengan yang bukan islam. Padahal, masyarakat islam yang benar-benar beramal dengan islam adalah suatu masyarakat yang sempurna dan utuh, jauh BERBEZA dari masyarakat Eropah. Sejarah dan sirah membuktikan! Kenapa pula kita tak mampu nak buat padahal orang-orang bukan islam tidak menentang dan mencederakan kita seandainya kita tidak akur pada cara mereka? Atau apakah kita sudah hampir hilang malu? (mengingatkan diri yang semenjak dua menjak ini gagal beramal dengan hadith Nabi SAW).


Daripada Abu Mas’ud Uqbah ibnu ‘Amru al-Ansarie al-Badri r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik oleh manusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu. (Hadith riwayat Bukhari)

Ada seorang wanita Amerika pernah memuji ciri-ciri pergaulan islam malah turut merasa sesal dengan kepincangan akhlak masyarakat pemuda-pemudi Amerika sendiri.

“…Maka saya nasihatkan agar anda semua tetap berpegang kepada tradisi dan moral anda, cegahlah pergaulan antara laki-laki dan wanita, dan belenggulah kebebasan anak-anak gadis, bahkan kembalilah ke masa hijab…”

Subhanallah, segala puji hanya untuk Allah tiada yang lain. Betapa sempurnanya islam yang telah Allah hadiahkan untuk aku dan hamba-hambaNya. Hadiah islam yang terlalu hebat, tidak ada dalam ajaran-ajaran lain. Benarlah juga, Islam tersangat-sangat menggalakkan Muslimah untuk menuntut ilmu dan menyumbang dalam pelbagai bidang dalam kehidupan. Akan tetapi, matlamat tidak menghalalkan cara dan sungguh untuk setiap orang apa yang ia niatkan. Malu harus perlu dijaga dan pergaulan dengan kaum Adam amat perlu dipelihara dalam lingkungan kerja.

Majdi Fathi As-Sayyid Ibrahim sekali lagi mengajak wanita berfikir, apakah dalam setiap ikhtiar dan usaha kita mencari ilmu dan rezeki harus dimulai dengan perbuatan derhaka kepada Allah? (aku lah tu! Aku kan wanita..)


Astaghfirullahal-‘azim wa astaghfirullah… aku mohon keampunan Allah dan setinggi-tinggi syukur kepada Allah kerana mengingatkanku. Sungguh, tarbiyah direct dari Allah ini akan cuba diamalkan… Agaknya, lumrah kot bila bersama Surgical Team kat John Hunter Hospital ni banyaknye laki-laki. Yang perempuan pun dah hampir jadik cam lelaki. Maka, hampir setiap hari dalam seminggu selama beberapa minggu ini aku dikelilingi oleh lelaki-lelaki yang kurang faham tentang islam. Sampaikan kadang-kadang takleh nak duk jauh-jauh, sebab derang ni ade masa ‘sexism’ sket. Kalau jauh sangat, alamatnye terlepaslah ilmu yang diajari surgeon-surgeon dan bakal-bakal surgeon itu. Sampaikan pada satu tahap, terasa sudah terlalu biasa bersama ‘abang-abang’ ni sampai boleh gurau-gurau dan main-main pulak. Ada pulak partner in crime tu, boleh tap-tap bahu!!! Arrghh!! (emosi...! emosi...!) Aku dah hampir dissolve bersama dunia-dunia mereka. Aku pun dah mula jatuh cinta dengan Colorectal Surgery!! Mungkin faktornya surgeon-surgeon tu sangat-sangatlah baik dan memang colorectal ni sangat-sangat-sangat interesting!! Astaghfirullah… Astaghfirullahal-‘azim…


Apakah sebenarnya yang aku kejar? Redha Allah atau surgeon-surgeon itu? Dalam menuntut ilmu aku sampai mencantas identitiku sebagai wanita Muslimah! Jika baru dalam perihal ini aku sudah tewas, bagaimana pula dengan dakwahku? Apakah harus aku korbankan prinsip pergaulan islam ini hanya semata-mata supaya masyarakat menerima dakwahku? Seriuosly, apa yang aku dakwahkan jika caranya tidak islami??


Sehingga aku tidak faham dan tidak benar-benar bertamayyuz a.k.a. berbeza daripada yang bukan islam, mungkin selagi itu tsabat itu masih terlalu jauh dalam jangkauanku. Tamayyuzlah! Kita ikut islam bukan islam ikut kita.


Syukrulillah… kerana tamparan ini mengejutkan aku dari cinta Colorectal.


Wallahu’alam.

No comments:

Post a Comment