Wednesday, August 11, 2010

Oh Ramadhan, Madrasah Tarbiyyah!

Astaghfirullahal'azim, semoga Allah mengampuni setiap khilaf hamba lemah ini.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah kerana masih lagi mengurniakan nikmat hidup dan islam buat hamba dha'if ini.


Ramadhan kembali lagi, sekali lagi menghuni bumi Newcastle dengan riuh-rendah 'program-program' terancang rapi. Setiap yang ingin merasai nikmat kebahagiaan Ramadhan berlumba-lumba melaksanakan kebaikan. Mungkin semangat Ramadhan yang lepas masih lagi teguh di dalam jiwa. FASTABIQUL KHAIRAT!

Bersempena Ramadhan 1431M ini, saya dengan rendah diri ingin memohon kemaafan dari semua atas segala salah dan silap sepanjang perkenalan. Kesilapan tersengaja atau tidak disengajakan. Hanya kepada Allah jualah kita mohon keampunan atas segala dosa dan kelalaian. Dan alhamdulillah, malam ini secara rasminya IHYA' RAMADHAN di Newcastle telah selamat dilancarkan. Semoga setiap apa yang kita rancangkan itu hanyalah untuk redha Allah SWT.

Detik-detik Ramadhan sebegini seringkali mengingatkan diri kepada 'meriah'nya suasana di bumi Malaysia (terutamanya KUCHING), menyambut tetamu agung ini dengan hidangan bermacam-macam warna, pelbagai perisa dan beraneka bentuk! Masya-Allah, hebat benar tukang masak zaman sekarang. Boleh masak kueh macam-macam jenis dalam masa kurang dari sehari! Masya-Allah, sedar atau tidak itulah kekuatan kita. Bukan setakat berbakat tahap giga dalam bidang masak-memasak, malah bidang menjahit juga! Masya-Allah, sekali lagi begitu hebat manusia-manusia yang Allah ciptakan untuk menjadi hamba dan khalifah di muka bumi ini! Masya-Allah, itulah kita dikurniakan dengan banyak kelebihan.

Tapi sayang seribu kali sayang, sedar atau tidak kehebatan dan bakat kita itu telah menjadikan kita golongan yang lemah! Layu dan sentiasa dihimpit kesempitan masa dan tenaga. Walhal Ramadhan yang datang adalah tetamu yang mulia! Bukan selalu Ramadhan datang, sekali setahun je! Kekasih kita ini datang bersama rahmat dan redha Allah sebagai buah tangan rebutan umat manusia tapi kita? Sibuk merebut habuan dunia yang mudah untuk dicapai. Sibuk mencari keuntungan berjual-beli hinggakan terlupa menyahut seruan solat 'on-time'. Atau terlalu sibuk meninjau-ninjau barangan beraya sampaikan tangan terlupa menghulur sedekah membantu saudara-saudara yang perlu.

Sekadar mengingatkan diri, kerana terasa seperti sedang hanyut dalam dunia mengejar doktor a.k.a supervisors hanya untuk mendapatkan sekeping pengesahan kesungguhan dan kemampuan to be future doctor. Sedangkan tiada lagi perancangan peribadi untuk menyambut Ramadhan yang sudahpun tiba.

"Diariku dipenuhi dengan jadual-jadual Medicine! Kat mana nak masuk mutaba'ah Ramadhan ni?"

"Alamak, esok nak kena on-call pulak! Bile nak solat terawih jemaah?"

Saya selalu mengingatkan orang lain untuk sentiasa mampu menguasai diri when it comes to islam dan amal. Tapi, kali ini saya sendiri tewas mendengar nasihat sendiri. Beginilah sunnah kehidupan. Allah menciptakan manusia untuk berikhtiar. Malah untuk menghirup udara di bumi Allah juga kita perlu berusaha. Baby pun kena bergelut dulu sebelum boleh survive! Inikan pula kita yang telah memiliki akal waras dan mampu membezakan baik dan buruk. Mesti kena ikhtiar lebih! Untuk membersihkan diri pun kena berusaha.

Oh Ramadhan! Saya panggil Ramadhan sebagai madrasah tarbiyyah tapi satu perancangan untuk sambut dan layan Ramadhan pun tak wujud lagi! Teringat satu pengisian bercerita tentang nafsu atau jiwa-jiwa manusia:

Sesungguhnya Iblis pernah bertemu dengan Nabi Allah Yahya bun Zakaria a.s., lalu Nabi Zakaria a.s. berkata kepada Iblis: "Ceritakan kepadaku tabiat perangai manusia menurut pandangan kamu". Lalu Iblis menjawab:
  1. Golongan pertama dari manusia ialah seperti kamu. Mereka ini terpelihara (dari kejahatan dan dosa).
  2. Golongan kedua adalah mereka yang berada dalam genggaman kami sebagaimana bola berada di tangan anak-anak kamu. Mereka ini menyerah diri mereka bulat-bulat kepada kami.
  3. Golongan ketiga ialah golongan yang sangat sukar untuk kami kuasai mereka. kami menemui salah seorang dari mereka dan kami berjaya memperdayakannya dan mencapai hajat kami tetapi ia segera memohon keampunan (bila ia sedar) dan dengan istighfar itu rosaklah apa yang kami dapati darinya. Maka kami tetap tidak berputus asa untuk menggodanya dan kami tidak akan mendapati hajat kami tercapai.

Yang manakah saya? Harapnya bukan golongan kedua, menyerah bulat-bulat diri ini kepada Iblis dan konco-konconya.Akhirun kalam, sekali lagi ingin mengingatkan diri sendiri, kejarlah redha dan rahmat Allah sepanjang Ramadhan datang bertamu dalam setiap detik hidup kita. Andainya Ramadhan kali ini berlalu begitu sahaja, tanpa membawa apa-apa perubahan dalam diri kita maka sia-sialah ia. Belum pasti kita akan bertemu semula dengan Ramadhan yang mendatang.

Menyeru diri sendiri dan sahabat-sahabat, ayuhlah kita HIDUPKAN RAMADHAN dengan niat yang satu, matlamat yang satu iaitu mengharapkan semurni-murni cinta, hanyalah cinta Allah. Menharapkan tiada yang lain melainkan redha Allah. Dengan keteguhan niat dan matlamat, akan menjadi tolakan buat kita untuk berlumba-lumba mencapai misi yang satu. Tiada apa yang mustahil melainkan apa yang telah tertulis di Lauh Mahfuz. Tapi, kita masih bernafas dan mampu memilih antara 2 jalan ^^!

Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); Serta mengilhamkannya jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa; Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya.

(Surah Asy-Syams: 7-10)

p/s: Ayuh bersama madrasah tarbiyyah ni sungguh-sungguh! Kite nak pass with istiqomah, bukan nak pass Ramadhan-based je! Ayuh, IHYA' RAMADHAN!

Wallahu'alam.

Mengharapkan ikhlas mencengkam di hati!

No comments:

Post a Comment