Sunday, August 22, 2010

Ansori-Ku telah syahid

Untuk yang masih belum tahu tentang Ansori, innalillahi wa-innalillahiroji'un. Daripada Allah kita datang, dan kepadaNya jualah kita kembali.

ANSORI-Ku telah syahid dalam misi ke UWS berbulan-bulan yang lepas, lantaran menjadikan aku sedikit kudung. Tapi, kenapa terasa semakin berat melangkah?

"Berangkatlah baik dalam keadaan berat mahupun ringan, dan berjihadlah di jalan Allah dengan hartamu dan jiwamu. Itu baik bagimu jika kamu mengetahui." (9:41)


Allah sentiasa memerhatikanku, setiap langkah dan nafasku. Syahidnya AnsoriKu bukan alasan melambatkan dakwah dan meremehkan tarbiyyah. Kalau aku tak mahu bersusah-payah bersamanya, maka D&T pun tak perlukan aku.

Tapi, aku perlukan D&T! Nafasku tambah sesak tanpa D&T!

Ya muqallibal qulub, aku mohon Engkau peganglah hatiku untuk terus bersama dakwah dan tarbiyah ini sehingga ke akhirnya. Semoga perginya Ansori-Ku membuka ruang baru dalam dakwah & tarbiyah serta memberi peluang padaku untuk lebih bersusah-payah demiMu.


Selamat tinggal Ansori-Ku. Jasamu kukenang selalu.

No comments:

Post a Comment