Friday, September 17, 2010

Pesona Cinta 12/07/06

Pesona Cinta (12/07/06)


PESONA CINTA

Aku hanya ingin berbicara. Meluah rindu pada suatu ikatan. Aku hanya insan biasa, seringkali tersasar dan mendetikkan suatu kesalahan. Bertitik pada kalimah Allah, aku wajar bercinta. Wajar juga aku merindu. Tapi, di sebalik wajah ini tersembunyi hawa manusia yang fitrahnya, degil! Tetap mahukan cinta hamba! Tetap berkehandakkan rindu manusia!


Benar! Cinta azalinya memberi sinar. Mewarnai kehidupan. Menyerikan naluri, memberi makna suci pada nurani. Pada fitrah seorang insan. Tapi, aku gusar. Risau tak keruan. Dari dulu hingga kini tak pernah terhalau. Sungguh benarlah, akan kaget andai cinta ini, cinta yang aku damba, tambah menyirnakan apa yang terang!


Duhai alam,


Apakah kau membaca yang tersirat pada wajahku? Adakah kau kesani cahaya suramku? Benarlah katamu. Aku seakan gembira. Seakan tiada peristiwa yang membalut gelisah. Semua itu disebalik senyuman. Andai pena ini terus menerus melakr, mencatit tiap pergerakan masa, menyimpan tiap bait bicara hatiku, satu suara itu tetap gah merintih! Langsung bertanya padaku yang kekal sepi, apa akan ada yang membaca? Apa akan ada yang terdetik kasihan? Atau akan adakah yang menitip keraguan? Pantas sahaja, berkata perihal rindu padaku. Soal cinta dalam hatiku.

Selama aku di tanah asing ini, konsep sebenar cinta telah kutemui. Aku sedar dahulu, tapi kini tambah mnyedari. Cinta bukan mengikut kehendak nafsu. Bukan menari ikut rentak hati semata. Bukan pula pak turut logik rasionalnya akal manusia! Sedemikian, indah selalu erti cinta itu. Cinta yang pada akarnya berpaut pada kalimah syahadah. Rindu yang pada tunjangnya dipegang teguh 'Illah pada islam.... Islam, cinta hidupku kini dan selamanya.



Nukilan,
Mynna 12/07/06


P/s: Adoi la, betapa peliknya zaman moda-moda dulu.. hehe.. sekdar menghiasi laman maya Ansori-Ku..

No comments:

Post a Comment