Monday, November 8, 2010

Jangan Tanyakan Aku ~

Nak jugak share lirik lagu ni dengan semua! Tapi terjemahan je la.. Jazakillahu khair bagi yang mengintroduce lagu ni ^_^V (Bold tu cam menarik hati... hmm, sebenarnya semua menarik hati.. gulp, tersentap jantung! Apalaaa ertinya hidup aku selama ni??!!! Slap3x! bangun2!)


La Tas'aluni - Jangan tanyakan aku:


Jangan tanyakan aku tentang hidupku,

Ia adalah sebuah rahsia kehidupan,

Ia adalah anugerah, ia adalah ujian,

Ia adalah dunia yang penuh dengan cita-cita,

Aku telah menjualnya kepada Allah,

Kemudian aku berjalan dalam barisan para pembawa petunjuk.


Jalan hidupku adalah al-Quran, pedang dan ujian,

Allah telah memberkatinya dan para Nabi terdahulu telah melaluinya,

Para Syuhada telah menyirami jalan ini dengan darah mereka,

Maka jadilah ia tanaman indah yang dikelilingi cahaya.


Sedangkan penghujung perjalananku adalah apa yang meredhokan Allah dan apa yang diinginiNya,

Keuntungan dengan kemenangan nyata,

Atau kesyahidan dan keabadian,

Jika engkau telah berada di muka bumi,

Dan engkau tahu bahawa umurmu terbatas,

Maka jadilah pahlawan dan pembawa petunjuk,

Jika tidak alangkah buruknya kewujudanmu.

(end)


MasyaAllah, lirik yang penuh makna! Jom kawan-kawan, jangan sia-siakan kehidupan di muka bumi ni hanya dengan segulung ijazah yang membanggakan manusia. Jangan pula kita bazirkan nafas yang ada hanya untuk berniat baik menonton rancangan TV yang baik-baik sahaja! Jangan kita sia-siakan kekuatan fizikal yang ada hanya untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat dan kemudiannya akan berehat bila selesai bersenam. (tak paham xpe.. hehe)


Peringatan untuk diri, bahawa hidup ini bukan untuk mengumpul amalan-amalan kecil sahaja. Allah Maha Melihat pekerjaan kita. Benar, tapi adakah kita hanya akan mempersembah pekerjaan seperti tidak lupa membaca doa tidur sebelum terlena? Atau memepersembahkan pekerjaan sangat mulia seperti berniat lillahita'ala ketika menonton wayang dengan rakan-rakan lelaki perempuan atas dasar ingin memelihara hati mereka? Atau mungkin mempersembahkan amalan seperti banyak membaca dan mengaji ilmu agama tapi untuk amalan diri sendiri sahaja? Atau mempersembahkan pekerjaan lebih mulia seperti membaca bismillah tanda ingat pada Allah dalam setiap perbuatan kita sahaja untuk syurga Allah? Eh, wait! Semua tu untuk syurga??


Wake up people!(especially myself T_T) We're taking about 'SYURGA' here! SYURGA!


Layakkah? Layakkah amalan seperti membaca bismillah setiap masa tanda ingat pada Allah untuk mendapat syurga tertinggi? Jika dibandingkan dengan pekerjaan 'bukan untuk semua orang' seperti berjihad dan terluka luar dalam untuk agama Allah? Atau jika dibandingkan dengan satu pekerjaan membaiki diri aggressively walau dikeji dan ditertawakan orang sekeliling? Wallahu'alam, Allah Maha Tahu segala isi makhlukNya. Dan Allah sangat-sangat melihat ikhtiar kita bukan natijah. Tapi, ikhtiar untuk diri sendiri cuba beramal dengan islam sebenar-benarnya... nampakkan diri sendiri seperti yang digambarkan dalam al-Quran..


berakhlak dengan akhlak Quran... (salah ke kalau kite berpaling dan bertegas tak nak mengumpat?)...


bergaul seperti dalam al-Quran... (salahkah kalau orang lain cakap kite tak cool sebab xnak mingle2, best fren laki pompuan xkesah?)...


meletakkan al-Quran dalam hidup seharian kita... (salah sangat ke kalau kite gune hujah Allah dalam Quran kalau taknak bazir2 masa cakap benda2 kosong xberpekdah?)...


menutup aurat seperti termaktub dalam al-Quran... (salah sangat ke kalau orang panggil kite ni jumud sebab pakai cam ustazah? dulu2 mane ade kerja ustazah? semua orang adalah ustazah! Salah ke kalau derang panggil kite ustazah sebab ikut ayat2 Allah?)...


Hmm, yang ni macam xleh compromise kan? Nak tak nak, kena jugak! Ready tak ready, kena jugak! Azab siapa lagi besar selain azab Allah?


Astaghfirullahal'azim..


"Give yourself some time, but not too long.. who knows, you'll die in the next hour.."


Maaf kalau terkasar bahasa, tersilap kata dan terguris hati.. ini hanyalah peringatan untuk diri sendiri yang selalu sangta lupa yang matlamat hidup ni bukan setakat sampai tua.. bukan setakat sampai dapat kumpul banyak2 harta... matlamat hidup ni lagi jauh, lagi luas dari tu... matlamat hidup ni, diingatkan lagi untuk diri... hanya untuk Allah!!


Allahu ghayatuna....!

No comments:

Post a Comment