Monday, May 23, 2011

Hikayat Sang Kancil & Monyet

Ingat lagi tak ngan hikayat ni? Satu hikayat yang selalu menjamu mata di zaman kanak-kanak ribena dulu-dulu. Mungkin kanak2 tak sezaman ade yang tak penah tengok kot ek citer nih...

Haaa, pekate kite imbas balek kisah sang kancil dan monyet!!! ^_^



Hikayat Sang Kancil & Monyet


Menarik tak?? Sure best kan? Hehehe.. memang citer ni adalah 'legend' untuk generation kitorang. Kalo cakap je pasal kancil ngan monyet, mostly akan kuar ngan dialog...

"Jangan monyet... JANGAN..."

"Aku nak jugak! Aku nak jugak!!"


*****

Masa telah merubah segala-galanya. Dari seorang anak kecil yang teruja dengan kebodohan si monyet kepada seorang hamba yang masih berikhtiar mendekati Tuhannya. Itulah istimewanya kita. Walau hanya disuapkan hikayat semudah ini, masih lagi mampu mentadabburi hakikat suatu kehidupan.


Begitulah hidupnya sang kancil dan kura-kura dalam satu belantara yang penuh dengan kenikmatan. Subhanallah segala-galanya datang dari Allah. Tapi jarang sekali kita menerokai alam banyak ini untuk mengenal Tuhan, sang Pencipta kita yang agung. Sesekali, kita membelakangkan rahmat Rabb untuk kita dan kita telah memilih berjuang bersama jalan kehancuran. Pernahkah kalian mendengar, kalimah-kalimah Tuhan yang sentiasa memberi peringatan demi peringatan untuk kita yang selalu lupa?


Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka."
(Ali Imran: 190-1)



"..di sana Kami sediakan (sumber) penghidupan untukmu. (Tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur."


Ramai manusia menyangka, hidup ini hanya di dunia dan hanya untuk bersuka-ria. Kemewahan dan kebahagiaan yang diwujudkan untuk kita disangkanya untuk melunas setiap keinginan jiwanya tanpa pernah peduli pada tadbir sang Pencipta, yakni untuk berfikir sejenak. Tidaklah Allah menempatkan kita di bumi yang serba lengkap ini hanya untuk berseronok dan berbahagia. Tidak pula untuk menjahanamkan dunia, bertindak zalim tanpa ada rasa belas dan kasih pada saudara-saudara kita yang terjajah jasadnya.


Ayuh tanyakan diri kita, untuk siapa kalimah ini dihalakan:




Kita melihat tapi hakikatnya kita adalah buta. Dan kita mendengar, tapi sebenarnya kita tuli. Bukankah begitu Allah menciptakan kita? Seperti juga halnya dengan si monyet yang menginginkan cili berapi yang akhirnya merosakkan diri dan membinasakan kegembiraannya. Sedarkah kita bahawa kita adalah si monyet yang terkinja-kinja mengejar cili berapi? Dan lupakah kita bahawa cili berapi itu adalah petanda kebinasaan, bukan kesenangan? Pernahkah kita mengambil iktibar? Bahawa kecintaan kita kepada dunia adalah satu tiket ekspres menuju neraka! Qolilan matasykurun..

Kisah si monyet dan sang kancil ini benar-benar mengingatkan kita kepada Adam dan Hawa, yang telah Allah ciptakan untuk berkampung di syurga suatu ketika dahulu. Syurga, kampung halaman diciptakan untuk seluruh umat manusia! Kampung kita yang teramat indah, teramat istimewa dan dipenuhi nikmat yang tak terhingga manisnya. Selama ini, kita menyelongkar isi kandung al-Quran tanpa jiwa sehinggakan kita buta dan tuli pada tazkirah kehidupan yang terang-terang Allah perincikan untuk kita!

Tidakkah kita melihat tujuan Allah menciptakan segala yang ada di alam ini untuk kita? Dan tidakkah kita memerhatikan tujuan Allah menjadikan yang halal dan haram dalam dunia ini? Sebagaimana telah Allah haramkan pohon khuldi ke atas Nabi Adam dan Hawa semasa hidup mereka di syurga. Semestinya Tuhan Yang Maha Bijaksana tidak menjadikan segala-galanya sia-sia.

"Dan sungguh, Kami telah menempatkan kamu di bumi dan di sana Kami sediakan (sumber) penghidupan untukmu. (Tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur." (3: 191)


Pernahkah kita menggunakan nikmat akal yang Allah berikan untuk meneliti kejadian-kejadian dunia? Pernahkah kita menggunakan pancaindera yang ada untuk kembali kepada Tuhan sekalian alam? Pernahkah kita melihat asbab penurunan Adam dan Hawa ke bumi? Kerana segala-galanya relevan untuk kita. Tidak pernahkah kita berhenti sejenak dari urusan dunia dan berfikir sebentar?




Sungguh, janji Allah adalah benar. Bumi ini diciptakan untuk kita, bukan yang lainnya. Segala yang ada di atas muka bumi ini adalah untuk kita mengabdikan diri kepada Allah, bukan untuk suka-suka. Dan manusia, sifatnya mudah dipujuk rayu dan terpedaya pada keindahan yang sementara. Bukankah si monyet jugak begitu? Mahukan cili yang berkilauan sebagai makanannya? Padahal buah-buahan lain lebih banyak yang tidak memudaratkan. Dan begitu jugalah manusia pertama yang diciptakan Allah, terpedaya pada promosi 'immortal' yang dibisikkan si iblis padahal sudah sedia tahu larangan Allah yang satu!


Allah telah banyak kali menggunakan perumpamaan kera yang hina dalam surat cintaNya kepada kita. Tapi, hanya sedikit daripada kita yang mahu memahami perumpamaan indah tersebut. Hanya sedikit yang peduli amaran-amaran Allah tentang sifat kera yang harusnya kita sama-sama jauhi. Sifat terburu-buru dan membuat pertimbangan hanya berpandukan nafsu syahwat yang langsung tidak mendekatkan kita kepada Allah! Maka, jauhilah sifat kera ini kawan-kawan kerana ia akan mengikat hatimu pada dunia dan kehendakmu pada dunia.


Lihatlah, si monyet yang kepedasan dek termakan cili yang berapi. Mahukah kita menjadi sepertinya? Menyesal kemudian tak sudah-sudah. Tapi sesalan kita suatu hari nanti lebih hebat dari penyesalan si monyet. Penyesalan kita akan terjadi di akhirat! Bukan di dunia, di mana kaki dan kudrat kita masih boleh bersembunyi dari manusia banyak. Di akhirat kelak, tidak akan ada tempat lain untuk kita pergi dan menutup wajah yang hitam penuh noda! Segala baik dan buruk akan ditayangkan dihadapan seluruh umat manusia yang pernah wujud dan bernyawa! Bayangkan, betapa hinanya kita jika kita tidak menyesal sekarang...hina teramat!


Jadilah kita seperti monyet yang kepedasan jika kita masih enggan mendengar tujuan kehidupan penciptaan kita! Enggan mendengar tazkirah yang menyelamatkan! Jadilah kita makhluk Allah yang hina tikamana kita sedar ghuzwah fikr sentiasa berlaku tapi enggan mendengar seruan hidayah!


Sungguh, Allah Maha Penerima Taubat. Ayuhlah kita wujudkan anjakan paradigma ke arah hidup yang lebih bererti. Ke arah dunia yang bakal memberi keuntungan di akhirat kelak. Sedarilah bahawa Adam dan Hawa tidak dicampakkan ke bumi bersendirian. Turun bersama mereka adalah musuh-musuh kita yang nyata..yang bakal mencorakkan cara hidup kita yang menjurus kepada neraka! Syaitan sedang bersama kita..terus-menerus menghasut dan memperdayakan akal kita agar mencintai dunia dan isinya..agar kita lupa kuasa Allah Pencipta kita yang Esa..


Sama ada kita mengakuinya atau menolaknya, fitrah manusia itu selalu lupa. Seringkali perlu diingatkan. Tapi, selagi kita terus-menerus membina benteng di antara kita dan hidayah selagi itulah tazkirah-tazkirah itu tidak dapat menembusi jiwa kita. Bukakanlah sahabat, bukakanlah hijab itu. Bukakan hijab yang menghalangi kita dan hakikat kehidupan perencanaan Allah.


Aku akhiri dengan satu kata-kata super dari seorang ulama' di zaman kegemilangan Islam, yang katanya:

“Manusia yang dipenjara adalah mereka yang terpenjara dari Rabbnya dan manusia yang tertawan adalah mereka yang ditawan oleh hawa nafsunya” (Ibnu Taimiyyah)


No comments:

Post a Comment