Monday, May 2, 2011

Kita dah hanyut ngan America!!

Geram betul baca berita pagi nih! Pagi2 je dah emo. Padahal xyah emo pon xpe. Ntah ape2 la hormone pompuan ni kan kadang2. Selalu sangat kena diperingatkan, “Jangan bersedih.. jangan marah.. Allah bersama orang2 yang sabar..”

Bukannya tak pernah dengar ayat:

“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan dari Allah dengan sabar dan solat…”

Banyak kali ek. Tapi xpe, hari ni sekali diingatkan dengan kalimah2 ‘WOW’ Allah special untuk kita. Tak kira apa juga situasi sekalipun, kata-kata Allah tetap yang terbaik dan paling istimewa untuk KITA.

Ha, distracted lak.. kembali ke pangkal jalan..

****

Semalam, ada satu kisah yang mengecewakan, meluluhkan hati, mematahkan ranting sabar menjadikan kita pada hari ini kembali seperti orang-orang gila, tanpa tamadun, tanpa akal malah lebih hina, tanpa jiwa seorang hamba. Terpaksa mengakui, sabarku serapuh reranting kering. Mudah terguris, mudah juga ‘reactive’ atas segala ujian dan tuduhan global kepada kita.


Padahal itu buktinya, tugas kita belum selesai. Tugas kita baru bermula. Semalam dan hari ini, hampir semua manusia berbicara tentang Osama. Satu nama yang masyhur, malah lebih terkenal dari Presiden Obama. Ramai manusia seluruh dunia mula bergembira, menari-nari mnyambut kematian seorang manusia yang juga sama seperti mereka. Seorang manusia yang datangnya dari tanah, dari tulang sulbi dan dari air yang hina. (teringat ngan kisah ISHAB)


Bayangkan, betapa rugi dan hinanya kita yang mentertawakan kematian seorang saudara!

Alangkah rendahnya kita bilamana kita saling bersahutan ketawa dan memaki-hamun seorang pembela kita! Apa perasaan kita jika kematian kita sendiri dirakamkan dan diperhatikan dengan penuh rasa bahagia? Pembunuh-pembunuh menembak tembus tengkorak kita dan suami kita tanpa rasa belas, tanpa endah jeritan penyeksaan kita.

Bayangkanlah sahabat, apakah kita makhluk Allah yang sudah hilang jatidiri? Sudah lupa naluri manusia?

Pernahkah kita tahu, manusia-manusia juga berbunuhan dalam era tamadun Rom. Semuanya terlalu teruja bersorak-sorak, menyaksikan manusia-manusia ‘hebat’ mempertahankan nyawa! Si mati, itulah si lemah. Dan yang tinggal bernyawa, itulah yang kuat. Kini, kita mengecam keganasan, membenci kematian manusia di medan peperangan dan memboikot segala penjualan yang mengundang kepada kezaliman.

Ironinya, hari ini kita telah sepakat sehati sejiwa bergembira dengan satu kematian yang kita sendiri tidak tahu palsu atau benar alasannya.

Benar sekali, kita semua telah diserang! Diserang bertubi-tubi sehingga kita tidak lagi mampu melangkah ke arah cahaya, apatah lagi berlari ke dalam kesejahteraan. Minda kita telah dibius dengan ubat pelali yang paling berkesan dalam sejarah dunia. Tidak merasai bahawa islam hari ini telah diinjak-injak, itulah hasil yang membanggakan musuh kita. Adakah kita juga golongan itu, yang turut berbahagia dikongkong dan dihina media massa boneka Amerika? Tanyalah hati kita, dipihak mana kita berada.

Kita bukan pejuang keamanan, bukan pula ahli persidangan organisasi keamanan dunia. Tapi, masih ada lagi sekelumit rindu pada sejahteranya dunia. Ada secalit cinta pada kesatuan dan kemerdekaan. Kita hanyalah manusia, berjiwa hamba, rindu pada PenciptaNya yang menjadikan kita seorang manusia yang berfikir. Bukan membabi-buta menurut kata ibarat lembu dicucuk hidungnya.

Aku bertanya pada diri, bukan sekali tapi berpuluhan kali: (adoi, manusia ni lembik tol T_T)

“Adakah benar aku seorang manusia?

(abis tu kenapa tak rasa kesian kat kawan2 kat Palestine ke, Bosnia ke, Indonesia ke, Thailand ke..)

Adakah aku hanya diciptakan untuk bergembira dan bersukaria?

(dah banyak dah lagu2 aku download, byk dah movie2 aku tgk.. melancong maen2 pon dah byk giler… tu je ke nak buat bile cuti?? Bile dah abes exam??)

Adakah hanya untuk memenuhi cita-cita dan kejayaan dunia ku telah dilahirkan?

(dulu nak masuk skolah best.. dah masuk dah! Pastu nak gi gi blaja jauh sket dr umah..pun dah dapat! Nak blaja oversea pun memang Allah bagi dah pun! Pastu nk jadi doctor laa.. pasni nak wat specialization lak laa.. pastu nk wat pHD pulak. Pastu nk jadi professor pulak. Nk buat course lain la, bukak kedai kueh la.. lepas satu, satu.. ape lagi? Xde lain dah??)

Siapakah aku?

(Quran kate 51:56 ngan 2:30.. beribadah dan khalifah Allah.. tapi ye ke? Study2 terperap lam bilik je leh kire ke utk Allah? Jalan2 kat MovieWorld leh kire khalifah Allah ke? Ke waktu solat tu dah cukup??? Tapi, sikitnyeeee aku buat utk kate aku ni 51:56 ngan 2:30..T_T)

Untuk apa aku dihantar ke dunia??!”

(Ape sebenarnye aku buat kat sini..?? bukan kumpul harta, kan? Sbb takleh bawak masuk kubur pon. Bukan nak kumpul title pjg berjela kan? Sbb nnt mati sebut name pon yg mak kasik tu je… jadi, mesti ada benda lagi besar!!)

-END-

(sorry, xde idea nk end camne.. hehe..hish, geram balik!! Nak tau ape yg mengeramkan tu? Meh kite bace berita sama2. Pastu kite borak2.. hehe)

No comments:

Post a Comment