Monday, May 16, 2011

Usrah itu keperluan, bukan hobi...

Nak kongsi satu perasaan seorang murabbi, yang telah banyak menyentuh hati-hati kami.
Rupa-rupanya, kita bukan bersendirian. Adik-adikku, semoga usrah a.k.a. halaqah itu menjadi darah daging hidup kita, bukan perkara sampingan. Terima kasih adik-adikku, kerana memberikan aku sedikit pengalaman kesedihan dan kegembiraan :)

Dipetik dari blog Ustaz Salam http://muntalaq.wordpress.com/2011/05/08/tak-perlulah-usrah-usrah-lagi/

Tak perlulah usrah-usrah lagi…. :-((

In Dakwah on May 8, 2011 at 4:41 pm

Satu ketika, di musim sejuk di satu tempat di OZ. anak usrah saya semua tak datang usrah. Sbb? kerana ada majlis sambutan yang di adakan oleh kawan mereka. saya sangat kecewa. ketika saya datang jauh puluhan km untuk tiba ke tempat mereka, tiba-tiba mereka tidak hadir…. ketika itu saya sangat kecewa. Saya menuliskan catatan ini dan di emelkan pada mereka. Ia dituliskan pada 15 ogos 2003.

Selepas itu, ianya tidak berulang lagi. alhamdulillah.. semua mereka kini berada di medan dakwah dan aktif sebagai mujahid/ah di ruang jihad yang pelbagai.

Assalamu’alaikum.
saya rasa mungkin kita tak payah lagi mengadakan usrah utk kali akan datang..kerana rasanya majlis harilahir lebih penting dari usrah… Selepas ni mungkin ada lagi majlis lain yang perlu dihadiri… usrah hanyalah untuk masa tak sibuk, tak ada kerja lain, lapang dan ketika tak letih.

Usrah bukan penting sangat. Kalau ada kerja lain..tak payahlah datang usrah. Saya boleh terima alasan orang tak boleh hadiri usrah
kerana sakit, kerana pelajaran yang mendesak, kerana sebab yang munasabah… tetapi tak boleh terima alasan hanya kerana hadiri majlis sosial.
Sampai bila usrah jadi kelas kedua dan ketiga… Kenapa orang tak boleh memberi alasan tidak dapat hadir majlis sosial kerana ada usrah tetapi boleh memberi alasan tak boleh hadir usrah kerana ada majlis sosial…?
Saya rasa tak payahlah kita mengadakan usrah jika ia hanya duduk ditangga kedua, ketiga dan keempat. Anda semua telah mengecewakan saya….

Wallahu ‘a’alam.

Wassalam.
Ustaz yang masih menyanyangi mu lagi… walaupun apa yang berlaku.


No comments:

Post a Comment